`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 22, 2018

Namewee ditahan reman dalam kes video anjing

Namewee

PETALING JAYA: Penghibur kontroversi Namewee ditahan reman dalam siasatan ke atas klip video “Like a Dog” yang didakwa menggores sensitiviti masyarakat berbilang kaum.
Terdahulu Namewee hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan. Penahanan dimaklumkan hari ini melalui Facebook.
“Kami akan sentiasa memberikan kerjasama pada pihak polis. Saya tidak gentar kerana saya percaya Malaysia mempunyai keadilan. Terima kasih pada semua yang sokong Namewee,” menurut Facebooknya.
Polis baru-baru ini mengumumkan kertas siasatan dibuka terhadapnya dan mereka bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi itu.
Video “Like a Dog” memaparkan penghibur itu menyanyikan tentang bunyi-bunyian salakan anjing dari serata dunia, sambil diiringi penari yang memakai topeng menyerupai kepala anjing.
Dalam video itu, anjing Malaysia mengeluarkan bunyi “mari-mari, wang wang”, dipercayai merujuk kepada gejala rasuah di negara ini.
Namewee sebelum ini menjelaskan video sempena Tahun Baru Cina itu hanya hiburan dan tidak berniat menghina agama. Beliau berkata dakwaan penggambaran video itu dibuat di depan masjid adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku.
“Penggambaran muzik video ini dibuat di kawasan lapang dari sebarang aktiviti yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya dan bukannya masjid.
“Bangunan di belakang yang terletak lebih kurang dalam lingkungan 1 kilometer ialah pejabat perdana menteri. Tengok betul-betul,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.