`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 23, 2018

NAJIB TAKUT DENGAN TUN M?

SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM1.3 billion untuk membangunkan lima projek infrastruktur di Langkawi didakwa kerana takut akan bayang-bayang Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penolong Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tumpuan yang begitu besar terpaksa diberikan terhadap Langkawi setelah Tun Mahathir memberi bayangan mungkin akan bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU14 nanti.
“Disebabkan kegusaran ini, beliau (Najib) terpaksa mengumumkan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada sebuah kawasan Parlimen tersebut.
“Malahan seluruh keringat BN digerakkan untuk mengekang kemaraan Harapan di Parlimen Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menyifatkan serangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang membuat kenyataan Tun Mahathir tidak mampu membangunkan Langkawi, menyerlahkan lagi ketakutan Umno.
“Untuk rekod sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri, beliau (Tun Mahathir) berjaya membawa pelbagai bentuk pembangunan kepada Langkawi sehingga terkenal di mata dunia. Beliau juga digelar sebagai arkitek pembangunan di Langkawi.
“Jasa terbesar beliau setelah mengumumkan status Langkawi pada 1987 menjadi pulau bebas cukai yang ternyata membawa banyak keuntungan dan kebaikan kepada penduduk sejagat,” katanya.
Justeru, Syed Badli yakin, pengundi-pengundi di Langkawi matang dan bijaksana dalam menilai perkara ini.
“Siapa yang sebenarnya menabur jasa dan siapa yang sebenarnya retorik dalam meraih undi.
“Saya menyeru seluruh penduduk Langkawi untuk memartabatkan Tun Mahathir dan calon-calon Harapan sebagai wakil rakyat. Sekali gus menumbangkan BN di peringkat persekutuan. Harapan menang di Langkawi bererti menang juga di Putrajaya,” katanya.
– http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.