`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 23, 2017

Konstabel polis jual pelacur

TUJUH individu termasuk konstabel polis yang dipercayai 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatApps ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam malam tadi.
Anggota polis berusia 26 tahun yang bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang itu ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium berkenaan.
Antara pelacur yang ditahan hasil serbuan polis terhadap sindiket di Klang, Selangor.© Provided by Media Prima Antara pelacur yang ditahan hasil serbuan polis terhadap sindiket di Klang, Selangor.
Sumber berkata, ketika serbuan polis turut menemui pakaian seragam anggota polis itu serta peralatan menghisap syabu.
"Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama," katanya.
Menurutnya, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan.
[[gn4id:25523562]]
Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu berkata, operasi polis mulai 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel manakala dua lagi individu iaitu masing-masing lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam.
Beliau berkata, serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut menyerbu tiga bilik di hotel itu.
[[gn4id:25024561]]
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu.
Menurutnya, warga tempatan yang ditahan itu direman empat hari mulai hari ini manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan. -nst

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.