`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 18, 2017

DAP, PKR, MCA kecam keputusan larang festival arak

DAP berkata tindakan DBKL tidak bertimbang rasa sementara MCA berkata pihak berkuasa tempatan tidak patut sewenang-wenangnya menolak permohonan permit.
beerPETALING JAYA: DAP, MCA dan PKR hari ini mengecam keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan 6-7 Oktober depan.
Lima ahli Parlimen dari DAP dan PKR dalam kenyataan bersama menyeru keputusan pihak berkuasa tempatan itu dikaji semula.
Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun, Lim Lip Eng dan Tan Kee Kwong terkejut dengan pembatalan itu kerana DBKL tidak memberikan sebarang alasan untuk menolak permohonan permit daripada penganjur, MyBeer Malaysia.
“Selama ini, aktiviti seperi itu dijalankan tanpa mengganggu mana-mana orang atau menyebabkanb sebarang masalah.
“Jelas sekali sasaran festival itu bukan orang Melayu tetapi pengunjung dan peniaga bukan Melayu, serta pelancong asing.
“Kami kesali kejadian itu kerana pihak berkuasa tempatan seperti DBKL cuba melencong dengan bertindak seperti jaguh agama.
“Tindakan mereka tidak bertimbang rasa dan nampaknya tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.
Laporan Sinar Harian hari ini memetik Pengarah Komunikasi Korporat DBKL Khalid Zakaria sebagai berkata PBT menolak permohonan permit menganjurkan acara itu di Galeri Beli-Belah Publika.
“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya, dan menambah DBKL menerima permohonan permit daripada penganjur pada 28 Ogos.
Lima ahli Parlimen itu berkata pembatalan acara itu akan menjejaskan industri pelancongan negara kerana ramai orang asing akan takut ke sini kerana tindakan kerajaan yang menyekat itu.
Kenyataan itu berkata DBKL harus sedar PBT berkhidmat untuk semua rakyat, tanpa mengira warna kulit atau anutan. PBT juga bertanggungjawab menguja pertumbuhan pelancongan di Kuala Lumpur.
“Kami cadangkan menteri Wilayah Persekutuan arah DBKL tarik balik penolakan permit itu.
“Kami juga mahu menteri pelancongan dan budaya selesaikan isu itu,” kata mereka.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Riduan Mohd Nor baru-baru ini menyifatkan festival arak itu sebagai “festival maksiat” dan acara seperti itu boleh menyebabkan Kuala Lumpur menjadi pusat maksiat di Asia.
Beliau bertanya apakah jaminan keselamatan dapat diberikan kepada orang awam yang tidak terlibat seperti berlaku “jenayah, seks bebas, rogol dan lain-lain”.
Aktivis Azhar Harun menggesa PAS menunjukkan statistik dan bukti menyokong hujah mengatakan festival arak tahunan itu akan meningkatkan kadar jenayah.
“Adakah PAS menjalankan kajian atau tinjauan berkenaan festival arak setiap Oktober yang menunjukkan kadar jenayah meningkat? Adakah kadar jenayah di Jerman meningkat setiap Oktober?”
Menurut beliau, Kelantan tidak meraikan festival arak, tetapi negeri itu mempunyai kes ketagihan dadah dan AIDS yang tinggi.
Festival arak kali ini merupakan acara ketiga di adakan d Kuala Lumpur. Ia dianjurkan di Bukit Bintang pada 2012 dan Publika pada 2016.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker menyeru DBKL supaya bersikap konsisten dan bertanggungjawab dalam keputusan birokrasi mereka apabila menolak permohonan festival itu.
Ti berkata DBKL tidak boleh menolak sewenang-wenangnya permohonan permit itu dan mengancam akan mengambil tindakan terhadap penganjur tanpa memberikan sebab dan asas penolakan itu.
“Lebih-lebih lagi apabila mereka sebelum ini meluluskan acara itu tetapi sekarang bertindak sebaliknya.
“Alasan mesti diberikan dan masa serta notis secukupnya perlu diberikan kepada orang ramai mengenai perubahan pada peraturan atau dasar awam.
“Atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban, DBKL mesti berikan sebab dan masa kepada penganjur dan dilihat mesra perniagaan dan mesra pelancong.
“Kita tidak boleh nafikan pelancong dari seluruh dunia dan industri berkaitan lain mungkin sudah bersedia dan mengeluarkan perbelanjaan untuk acara tahunan itu,” katanya dalam kenyataan.
Pihak berkuasa mesti sensitif kepada orang ramai dan keperluan perniagaan, tambahnya.
Beliau berkata DBKL mesti tidak boleh dilihat membuat keputusan sesuka hati atau tunduk kepada tekanan daripada parti politik atau golongan yang mempunyai pandangan ekstrem.
Ti berkata tindakan itu akan mengalakkan tekanan yang lebih ekstrem dan radikal jika DBKL dilihat lemah menegakkan undang-undang atau dasar awam mereka.
“Jika pembatalan itu disebabkan oleh tuntutan PAS, atau DBKL tunduk kepada pandangan ekstrem mereka, tanpa pedulikan hak orang lain, maka tindakan itu bukan berita baik kepada dasar pluralistik dan kesederhanaan Barisan Nasional yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak laksanakan dan jaminannya kepada rakyat minggu lepas.” - FMT

1 comment:

  1. Salut
    Je suis Vivian Regobert
    Je poste ce commentaire pour ceux qui ont le VIH et ont besoin de guérir
    Dr Muli Jonathan Herbal cure est 100% de garantie sûr de vous guérir du VIH.
    Il peut guérir n'importe quel type de maladie.
    Mon mari et moi avons eu le VIH pendant plus de 9 ans.
    J'étais si malade et ma charge virale était de 225 000 copies/ml
    J'ai vu un post sur le Dr Muli Jonathan en ligne sur la façon dont il a guéri tant de gens et combien il a aidé de nombreuses personnes en ligne
    alors je l'ai contacté et lui ai expliqué ma situation
    Il a promis de m'envoyer sa phytothérapie et après jours j'ai reçu la phytothérapie
    Mon mari et moi avons utilisé la phytothérapie pour 10days et puis est allé pour un re-test
    Et maintenant nous sommes VIH né gatif
    Merci Dr Muli Jonathan pour rétablir la paix à ma famille
    Je partage ce témoignage parce que j'ai promis au Dr Muli Jonathan que je témoignerai après avoir été guéri.
    Vous pouvez joindre le Dr Muli Jonathan à travers:
    mulijonathanherbal@gmail.com
    Call/WhatsApp: + 2349038544302

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.