`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 29, 2017

Wakil ‘The Star’ beri penjelasan kepada KDN

KDN memanggil ketua pengarang akhbar itu untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya pada Sabtu lalu.
The-Star-KDNPUTRAJAYA: Empat wakil akhbar The Star hari ini hadir di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka depan akhbar itu pada Sabtu lepas.

Empat wakil tersebut ialah Pengarang Pakar The Star, M Shanmugam serta 3 pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.
Mereka tiba pada jam 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.
Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa, apabila dimaklumkan 4 wakil itu keluar melalui pintu lain.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam dilaporkan berkata, KDN akan memanggil ketua pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk pada muka depannya.
Beliau berkata, KDN kecewa dengan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya “Malaysian Terrorist Leader” dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.
Alwi berkata, tindakan itu sangat mengecewakan memandangkan KDN memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.
The Star juga membuat permohonan maaf atas perkara tersebut, semalam.
Menurut akhbar itu, menjadi amalan mereka menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan bagi menghormati bulan mulia ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.