`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 29, 2017

Pegawai Kastam menyamar pelanggan kesan peniaga elak GST

Datuk T Subromaniam berkata, Akta GST memberi kuasa besar kepada JKDM mengeluarkan notis kepada peniaga hanya melalui pemerhatian dan tidak memerlukan rekod atau bukti.
T-Subromaniam-1ETALING JAYA: Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menyamar sebagai pelanggan bagi mengesan peniaga yang mengelak daripada membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Datuk T Subromaniam.

Ketua pengarah Kastam itu yang dipetik Sin Chew Daily berkata, kaedah sama juga boleh digunakan JKDM untuk memastikan jumlah GST yang dibayar peniaga sama dengan keuntungan diraih mereka kerana pihaknya mendapati kutipan GST yang dibayar sesetengah peniaga tidak masuk akal.
Beliau memberi contoh sebuah restoran hanya mengisytihar kutipan GST sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 untuk 3 bulan yang bermakna purata hanya RM2,000 sebulan.
“Jika sebulan berniaga 30 hari, purata sehari hanya kutip kira-kira RM67 GST, tetapi apabila penguat kuasa kami menjalankan siasatan di kedai itu, kami dapati ia penuh dengan pelanggan dan GST yang dibayar itu tidak masuk akal.”
Subromaniam berkata, penguat kuasa berpakaian biasa itu hanya perlu duduk 2 jam dalam restoran untuk melihat berapa ramai pelanggan mereka dan keuntungan diperolehi peniaga.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati ada di kalangan peniaga yang tidak mengeluarkan resit.
“Peniaga salah faham, mereka ingat tidak perlu kutip GST jika tidak mengeluarkan resit kepada pelanggan dan 6% GST hanya dikenakan apabila resit diberikan.
“Tetapi, Akta GST jelas menyatakan sebarang bayaran yang dikutip daripada pelanggan perlu mengandungi GST.”
Beliau berkata, Akta GST memberi kuasa sangat besar kepada JKDM yang bermakna notis boleh dikeluarkan kepada peniaga hanya melalui pemerhatian dan tidak memerlukan rekod atau bukti.
Katanya, selepas menerima notis, peniaga terbabit perlu membayar GST yang dikutip mereka dan tindakan sama juga akan diambil terhadap pengimport dengan penyata diragui.
Beliau mengingatkan peniaga yang menerima notis JKDM supaya membetulkan jumlah kutipan GST mereka secara automatik bagi mengelakkan mereka dihadapkan ke mahkamah. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.