`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 21, 2017

PM Najib: Melaka Gateway tak jual kedaulatan atau tambah hutang negara

Najib Razak berkata, projek berkenaan tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.
Melaka-GatewayMELAKA: Pembangunan Melaka Gateway bukan sebuah projek untuk menjual kedaulatan atau menambah hutang negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, Malaysia tidak akan hilang kedaulatan dengan pelaksanaan Melaka Gateway kerana projek pelabuhan itu dibina di bumi Malaysia dan berada dalam tangan negara ini sendiri.
“Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) boleh kata projek Melaka Gateway ini menyebabkan kita hilang kedaulatan dan menambah hutang negara. Sejak bila pelaburan dari luar negara menyebabkan kita kehilangan kedaulatan?
“Kalau pelabur datang dari luar pun dia melabur dalam Malaysia, dia buat kilang dalam Malaysia, di bumi Malaysia. Kita boleh kawal, mana boleh hilangkan kedaulatan? Kedaulatan tetap kita pertahankan selama-lamanya,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar; barisan exco kerajaan negeri Melaka dan kira-kira 10,000 penjawat awam di negeri ini.
Melaka Gateway merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas 4 pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.
Antara cadangan pembangunan yang akan dilakukan di situ selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna, termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4.
Najib berkata, projek berkenaan tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.
“Tanah yang ditebus bukan mengambil tanah rakyat dan bukan ambil tanah orang kampung, tanah yang kita reclaim. Singapura reclaim jual pada orang, Dubai reclaim jual pada orang. Di Dubai tu padang pasir pun boleh jadi metropolis yang hebat di dunia. Mengapa Melaka tidak boleh dan mengapa Malaysia tak boleh?
“Projek ini untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Melaka. Tak payah dengar sangat pembangkang yang kadang-kadang tidak ada logik dengan apa yang dia cakap dan ini semua akal daripada pihak pembangkang,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.