`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 22, 2017

Tidak perlu letak ‘a/l’ atau a/p’ pada nama Hindu

Kementerian dalam negeri berkata ibu bapa Hindu tidak wajib meletakkan 'anak lelaki' dan 'anak perempuan' pada sijil kelahiran anak.
DEWAN RAKYAT
baby3
KUALA LUMPUR: Kementerian dalam negeri mengesahkan “anak lelaki” (a/l) dan “anak perempuan” (a/p) tidak wajib digunakan pada nama Hindu.
Dalam jawapan bertulisnya, kementerian berkata sudah menjadi kelaziman ibu bapa Hindu menambah singkatan itu pada sijil kelahiran anak mereka.
“Menurut prosedur semasa, Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan maklumat kelahiran individu berdasarkan borang permohonan dan draf awal Sijil Kelahiran yang telah disahkan serta ditandatangani oleh pemohon sebelum sijil sebenar dikeluarkan.
“Sekiranya pemohon tidak mahu menggunakan perkataan ‘a/l’ atau ‘a/p’, JPN akan meminta ibu bapa kandung, penjaga atau pemaklum membuat perakuan untuk tidak menggunakan perkataan ‘a/l’ atau ‘a/p’ bagi nama anak mereka.”
Kementerian menjawab pertanyaan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), yang bertanyakan sama ada JPN mewajibkan ibu bapa Hindu memasukkan imbuhan “a/l” atau “a/p” dalam sijil kelahiran anak. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.