`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 24, 2017

Dari mana dapat duit beri petrol percuma, DAP soal BN

Lim berkata tidak akan teragak-agak melaporkan kepada SPRM sekiranya BN tidak dapat buktikan sumber kewangan program itu.
lim-lip-eng_petrol_bn_600
PETALING JAYA: DAP hari ini mempersoalkan sumber kewangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan bagi membiayai petrol percuma kepada lebih 100,000 penunggang motosikal setiap bulan, dan mahu bukti ia daripada dana parti.
“BN wajar diberi amaran supaya tidak menggunakan wang pembayar cukai melalui peruntukan kerajaan untuk program petrol percuma ini. Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibuat sekiranya mereka tidak boleh membuktikan bahawa mereka menggunakan dana mereka sendiri,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Menurut perkiraannya, program petrol percuma yang menyasarkan 117,000 motosikal sekali sebulan itu boleh melibatkan perbelanjaan lebih RM7 juta.
“Dari mana mereka dapatkan wang sejumlah ini?” soal Lim.
Bermula 1 Feb, harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen, manakala diesel naik 10 sen.
Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii sebelum ini berkata
program petrol percuma itu bertujuan membantu meringankan beban penunggang motosikal.
Selain Kuala Lumpur, kawasan lain dalam program itu ialah Labuan dan Putrajaya
“Kita akan beri kepada semua tanpa mengira latar belakang dan parti politik,” katanya.
Lim bagaimanapun mempersoalkan program itu, dan berkata sekiranya BN mahu betul-betul membantu rakyat, ia perlu memberi tekanan kepada pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, untuk menurunkan harga petrol.
“Gimik petrol percuma ini tidak lain adalah isyarat bahawa pilihan raya umum ke-14 semakin hampir,” kata Lim.
Lim juga mempersoalkan peruntukan RM1 juta setiap tahun diberikan kerajaan untuk setiap kawasan Parlimen dimenangi BN, dan berkata wakil rakyat pembangkang tidak menerima peruntukan sama.
“Tak tahulah kalau ada ahli parlimen PAS yang terima.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.