`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 24, 2017

Bank asing ‘paksa’ staf berhenti secara ‘sukarela’?

j-solomon© Provided by MToday News Sdn Bhd j-solomon
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebuah bank antarabangsa yang sudah lama bertapak di negara ini mengugut 60 kakitangan bawahannya untuk bersetuju dengan skim pemberhentian kerja secara sukarela, atau VSS, atau mereka dipindahkan.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata tindakan itu sama seperti memaksa dan bukan “sukarela”.
“Alasan yang diberikan pihak bank kerana ingin melakukan penstrukturan semula sistem perbankan mereka,” katanya kepada FMT.
FMT sedang cuba mendapatkan reaksi bank berkenaan.
Solomon mendakwa tindakan melakukan VSS itu sebagai usaha bank terbabit membuang kakitangan lama supaya digantikan pekerja baharu yang dibayar gaji lebih rendah.
“Mereka buang pekerja lama berkhidmat beberapa tahun dalam memberi sumbangan dan membawa masuk pekerja baharu supaya mereka dapat bayar gaji dengan rendah.
“Itu matlamat utama yang kami kira tidak berapa sihat,” katanya.
Katanya, tindakan mengarahkan kakitangan bawahan mereka menerima VSS jelas bertentangan dengan perjanjian bersama yang dilakukan bank terkemuka dunia itu dengan NUBE.
Katanya, NUBE dan bank berkenaan mempunyai perjanjian di mana sekiranya pihak bank ingin membuat sebarang penstrukturan semula, ia harus berbincang dengan NUBE 3 bulan sebelum melaksanakannya.
Solomon berkata, sebelum ini Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) pernah menasihatkan bank tersebut tidak meneruskan VSS dan berunding dengan NUBE.
“Saya harap kakitangan tidak ambil VSS ini kerana ia bukan amalan sihat. Ia akan menyebabkan pengangguran buat rakyat Malaysia,” katanya.
Solomon turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menyusuli laporan NUBE.
“Kita hairan kenapa pihak Kementerian Kewangan, Bank Negara…mereka tidak ambil sebarang tindakan. Sepatutnya Bank Negara ambil tindakan dan tidak seharusnya membiarkan pihak yang berniat jahat buang pekerja,” katanya.
Sebelum ini, beberapa bank dilaporkan mencantas saiz kakitangannya atas pelbagai alasan, termasuk pelaksanaan sistem automatik dan pendigitalan urusan bank yang tidak memerlukan bilangan kakitangan seperti dulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.