`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 27, 2016

Punca Ahmad Husni Hanadzlah Letak Semua Jawatan Kerajaan, Umno Tersebar?


Punca Ahmad Husni Hanadzlah Letak Semua Jawatan Kerajaan, Umno Tersebar? Tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan peletakan semua jawatandalam kerajaan dan Umno hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Setiausaha politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam satu kenyataan memaklumkan jawatan itu termasuk Menteri Kewangan Kedua, Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Punca Ahmad Husni Hanadzlah Letak Semua Jawatan Kerajaan, Umno Tersebar?  Beliau hanya mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Tambun yang disandang sejak 1995. Ketika ditanya punca Ahmad Husni meletak jawatan, setiausaha akhbarnya, Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp menjawab: “Pencen.”

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Datuk Seri Najib Razak ketika membuat pengumuman rombakan kabinet petang tadi memaklumkan Ahmad Husni menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.


Punca Ahmad Husni Hanadzlah Letak Semua Jawatan Kerajaan, Umno Tersebar? 


Perdana menteri mengumumkan pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani bagi mengisi kekosongan itu manakala Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz pula sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Johari serta Othman antara empat menteri penuh dan enam timbalan menteri yang berada dalam senarai rombakan dan penyusunan semula kabinet hari ini.

Punca Ahmad Husni Hanadzlah Letak Semua Jawatan Kerajaan, Umno Tersebar?  Ahmad Husni menyertai sektor awam pada 1984 sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak.

Anak jati Perak itu kemudiannya dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Menteri Kewangan yang disusuli kenaikan pangkat sebagai menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.