`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 27, 2015

Blogger UMNO, Rohban Faizal DIarahkan Untuk Ditangkap

IGP arah tahan 'penyokong BN' naikkan posting menghasut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.


Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.

ULASAN GB

Siapa Faizal Rohban? Seorang blogger UMNO yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Blogger berkenaan pernah diperintahkan oleh mahkamah Rayuan membayar RM50,000 kerana memfitnah Husam Musa.

GB bukan kata Najib dan Rosmah betul, tetapi setiap tududhan perlukan bukti. Kita tidak boleh menulis sesuka hati kita. Kita perlu berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, menulis secara bertanggungjawab. Kita tidak boleh menulis sesedap hati tanpa rasa tanggungjawab.

Di dalam satu seminar seorang peserta seminar bertanya kepada GB apakah rahsia GB mampu menulis dan bertahan sejak bernama "Mahazalim" lagi?

GB jawab: seorang blogger perlu jaga integriti. Kita bukan orang yang berjuang mengikut kaedah falsafah haiwaniah Machievilism "matlamat menghalalkan cara" yang akhirnya melahirkan blogger-blogger seperti papagomo dan RBF.

Daripada menulis tak tentu pasal dan tak tentu hala lebih diam dan jangan jadi blogger.

Seorang blogger juga bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak terhadap setiap perkataan yang ditulis. Yang baik berpahala dan yang tidak baik berdosa. Itu keyakinan GB.

Begitu juga media sosial yang lain yang menyebarkan tulisan kita untuk dibaca oleh orang lain, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Timbangan akan tetap berlaku di "sana" dan kadang-kadang Allah bayar "tunai" tatkala masih di "sini" lagi.

Setakat ini, alhamdulillah, kebanyakan tulisan dan jangkaan GB benar dan menepati kebenaran.

Dulu GB akui memang GB seorang ahli dan pendokong PAS sebab PAS ketika itu di dalam kebenaran. Kini tidak lagi. PAS telah tergelincir dari kebenaran.

Justeru kini tiada bulan lagi di hati GB, kerana yang ada cuma kebenaran dan keadilan. Itulah yang perlu diperjuangkan.

Jika kita tuis dengan niat memperjuangkan kebenaran dan keadilan, Allah Al-Haq (Yang Maha Benar) akan menjadi pembela kita dan kita tidak takut apa-apa selain Dia.
KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.Al:Baqarah:147

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.