`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 7, 2015

Wabak Penyakit Mandatifilis

Image result for Najib and Ringgit MalaysiaImage result for Najib and Ringgit Malaysia

Penyakit mandatifilis lagi bahaya dari dengue.

Saya anggap pemimpin UMNO dan para penyokong nya mengalami penyakit mandatifilis. Ini penyakit yang menganggap mandate atau mandat ialah lesen untuk buat sesuka hati. Ianya penyakit mudah jangkit terutama kalau bersama dengan pemimpin UMNO dan penyokong tegar mereka. Harap berwaspada. Jauhkan diri dari mereka.

Dunia mentalqinkan Malaysia.

Seluruh dunia sedang menyaksikan pemusnahan Malaysia. Orang Melayu yang paling malang. Sebab yang memusnahkan negara kita ialah orang Melayu keturunan Bugis. Ada Bugis baik yang membangun negara dan ada Bugis keturunan lanun yang jahat.

Negara musnah kalau pemimpin berminda penjenayah.

Lanun ialah perompak ialah penjenayah. Keturunan membangunkan negara tidak akan menipu rakyat, menjual harta benda negara dan mencuri wang. Pemimpin Malaysia sekarang sedang memusnahkan segala nya ; maka tidak syak lagi dia keturunan lanun jahat.

Kita ada seorang pemimpin yang membesarkan keturunan Bugis nya  yang hari ini menjadi ejen utama menghancurkan segala insitusi mempertahankan system kerajaan. Lanun bugis ialah penjenayah dan hari ini kita ada pemimjn yang ada baka sama yakni mempunyai minda penjenayah menghancurkan ekonomi kita; system kehakiman membisu seribu bahasa kerana ia dianggap tali barut pemerintah; ejensi kepolisian, SPRM, insitusi pendakwaan negara dan sedikit masa lagi instutusi yang menjaga kewangan negara akan dibaham oleh Najib Tun Razak.

Ringgit Malaysia sudah hampir kepada RM4 =1USD. BNM telah belanja RM5 billion untuk menyokong Ringgit dan reseb matawang asing nya makin menurun. Tapi Najib buat dono sebab dia lebih asyik mencari jalan menyelamatkan diri nya.
Walaupun dia mungin orang baik secara peribadi, dan saya ada rekod menyatakan demikian, tapi sebagai pemimpin Najib is a miserable failure dan gagal. Dia tidak lagi berkelayakan untuk jadi PM dan pemimpin negara ini.

Kerajaan dan kepimpinan disangsi.

Apatah lagi kita mempunyai seorang timbalan PM yang berlagak macam seorang gangster mengugut dan mengancam semua orang yang mahu mengkritik kerajaan.

Kerajaan Najib sudah hilang keyakinan rakyat. Najib akan didaftar oleh sejarah sebagai PM yang terburuk untuk Malaysia. Najib lah satu2 nya pemimpin yang telah menguasai ilmu tidur sambal mencelikkan mata.

Lambat laun, asal punca wang RM2.6 bilion itu akan diketahui juga. Ia mestinya duit haram. Mungkin RM2.6 billion dan RM42 juta itu hanya sebahagian kecil yang kita ketahui. Mungkin berbillion lagi ada dalam akaun peribadi nya. Dimana misalnya, wang RM4 billion KWAP yang konon dilabur dalam lombong arang batu itu?

Penyakit ini mengena semua lapisan pemimpin UMNO.

Samun dan lanun, cabul dan salah guna kuasa, ugut dan menindas adalah kesan2 penyakit mandatifilis. Sebab itu orang macam Najib kata- 3.2 juta orang sokong dia. Adakah sokongan 3.2 juta ini menjadikan Najib maharaja yang berkuasa mutlak?

Penyakit ini dipercayai dibawa oleh wartawan2 dan bekas wartawan yang terdidik dalam cara sekolah lama; iaitu ketika semua pandangan dan tulisan pojok mereka bersifat sehala tanpa bangkangan dan bantahan dari pembaca. Dan bila ada masa terluang, mereka memberi pandangan yang tidak diundang kepada pemimpin UMNO.

Surat dari pembaca dibakul sampahkan. Maka timbullah rasa angkuh bahawa semua pandangan mereka tidak boleh dipertikaikan. Sehingga pemujaan terhadap seseorang pemimpin punca peyakit mandatifilis  ini menjadikan sesetengah bekas wartawan  jumud fikiran.

Pemimpin bawahan Najib kena penyakit mandatifilis.

Dibawah Najib, pemimpin UMNO juga dijangkiti penyakitmandatilitis ini. Ia memberi mereka lesen berkata apa sahaja walaupun kenyataan2 yang mereka keluarkan menunjukkan mereka ini bloody fools dan tersangat dangkal.

Keangkuhan umum yang mencorakkan pemikiran dan sikap mereka datang dari sangkaan bahawa kemenangan teknikal dalam PRU-13 memberi mereka mandate. Dan mandate itu, seperti yang saya nyatakan, dianggap lesen mengugut dan membodohkan rakyat.

Pendapat dangkal pemimpin UMNO.

Maka muncullah pemimpin UMNO seperti Azalina Othman yang mengatakan bahawa duit RM2.6 biliun dalam akaun Najib tidak jadi masaalah jika ianya dianggap sebagaiderma.  Apatah tagi derma itu datang dari orang Arab, sudah pasti derma itu diawali dengan selawat dan salam , diiringi dengan doa sepanjang jalan agar semua terlindung dari ganggu dan gugat supaya selamat sampai dalam akaun pemimpin besar. Amiin.

Maka Rahman Dahalan pun bersyukur bahawa duit itu disimpan dalam akaun Najib kerana Najib boleh lebih dipercayai. Lagi pun presiden mesti ada duit banyak supaya dia boleh belanja senang. Hulur sana sini dan beri rasuah supaya undi. Lebih selamat dalam akaun Najib dari akaun proxy.

Kemudian datang orang harapan UMNO- the last UMNO Great Hope- ketua pemuda lulusan Oxford. Kata duit itu datang dari yuran ahli, sumbangan ahli dan derma. Dan derma seperti dinyatakan oleh pemimpin UMNO lain ialah pemberian tanpa mengharapkan balasan. Lagi pun mengikut fahaman ketua pemuda UMNO, SPRM pun dah sahkan ianya derma.

Kalau kenyataan dangkal ini datang dari pempin sekaliber Rahman Dahalan, Azalina atau Ahmad maslan atai Salleh Said keruak, saya tidak hairan. Tapi kenyataan dari the last UMNO Great Hope sangat meneciwakan.

Bagaimana derma RM2.6 biliun itu dipakai?

Duit itu tentulah akan diberi sama rata dikalangan 191 bahagian UMNO. Atau 3.2 juta ahli. Mari kita periksa sama ada UMNO bahagian ada sekurang2nya RM13 juta dalam akaun mereka.

Dalam hubungan ini, saya percaya imam besar UMNO, sahibus samahah Najib al Pekani wa al wasathiyah fahamwa halalun kalau kongsi sama, wa haraamun kalau makan sorang. Dan sebagai pendukung wasathiyah dan maqasid shari’yah, tentulah Najib amat memahami tanggungjawab nya sebagai pemimpin bermaruah, penjaga agama orang Melayu, bangsa  Melayu dan raja Melayu.

Jangan biarkan kita di perbodohkan.

Bagaimana menghindari penyakit ini? Dengan menolak pengistilahan rasuah dengan derma. Akaun najib menerima duit haram kerana cara nya amat mencurigakan dan lambat laun punca nya akan diketahu juga. Pak Arab mana yang mahu menderma sebanyak RM2.6 billion dan masuk dalam akaun peribadi?

Maka kekalkan dalam fikiran kita bahawa wang itu wang haram, cara menyimpan salah, dan ia suatu kesalahan yang dilakukan oleh Najib. Mungkin ini duit dari 1MDB kerana sehingga sekarang Najib belum dapat menjawab kemana pergi baki dari RM46 billion. Kemana pergi nya RM4 billion pinjaman KWAP?

Istilah derma ialah cubaan membodohkan rakyat. Kita akan hukum pemimpin seperti ini dalam PRU-14 nanti. Tapi tentulah, jika berlaku pertukaran kerajaan lebih awal, kita akan hukum mereka lebih awal.

Saya rasa kita tidak perlu terperangkap dengan jerat akrobatik istilah. Kekalkan tanggapan bahawa ini cubaan memperbodohkan kita.

Tanya soalan ini- adakah ini bermaka, apabila sejumlah wang tersebut, ditakrifkan sebagai derma, maka presiden UMNO dibersihkan dari anggapan rasuah dan salah guna kuasa atau niat membalun duit?

Kalau kita  rasa selamat sangat, tidak perlu ada perbendaharaan, simpan semua wang hasil cukai negara ini dalam akaun Najib. Tidak perlu ke parlimen  setiap hujung tahun memohon sejumlah wang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dari perbendaraaan untuk tujuan belanja keatas perkara2 yang dikemukakan.

Taruh semua dalam akaun Najib. Ianya selamat. Najib boleh diperayai. Perbendaharan tidak boleh dipercayai. Semua wang adalah derma dari beberapa juta pembayar cukai. Kita tidak berharap apa2 pembalasan. Tidak perlu pembangunan. Tidak perlu pendidkan, tidak perlu kemudahan kesihatan.

Siapa saudara Najib di Pahang?

Bukan semua orang Pahang anggap PM Najib saudara mereka. Hanya yang tidak ada perasaan malu dan maruah sahaja yang mengaku Najib saudara mereka. Mungkin orang Kampung Jambu, Langgar dan sedikit dari Pulau Keladi di Pekan. Orang Pelangai pun sudah mula tidak mahu mengaku Najib saudara mereka.

Kemudian ada orang Melayu yang jumlah mereka makin meningkat- yakni mereka yang enggan diperbodohkan , tidak mahu ada kaitan dengan Najib. Ini termasuklah 60% pengundi Melayu dalam PRU yang akan datang. Mereka mahu bersaudara dengan pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integrity. Mereka ini faham bahawa mandate bukan lesen untuk buat sesuka hati.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.