`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 26, 2015

Video: Singa Kaki Patah Dan Kurus, Dapat Perhatian Puteri Sultan Johor

Video: Singa Kaki Patah Dan Kurus, Dapat Perhatian Puteri Sultan Johor

Singa Kurus

Kuala Lumpur – Rakaman seokor singa yang kurus dan patah kakinya mendapat perhatian anakanda Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Aminah melalui akaun Instagramnya semalam mengarahkan pegawai yang bertugas segera memberikan rawatan yang sepatutnya kepada singa yang malang itu.


“Sila periksa dengan kakitangan Zoo Johor mengenai singa itu. Kenapa kakinya patah itu tidak dibalut dan mengapa (singa itu) terlalu kurus.

“Sila lakukan (kerana) ia sangat teruk. Saya mahu melihat ada perubahan pada singa itu esok pagi. Pastikan (kakinya yang patah itu) dibalut” arah Tunku Aminah berdasarkan ‘printscreen’ perbualaan dengan seorang individu yang tidak dinyatakan.

Terdahalu seorang pengguna Twitter memuatnaik sebuah video yang memaparkan keadaan singa di Zoo Johor sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna laman sosial berkenaan.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Rakaman yang berdurasi itu 0:30 saat itu kemudiannya menjadi viral.

Melalui klip video tersebut, singa itu dilihat hampir tidak mampu untuk berdiri menggunakan kaki sendiri.

“Kaki dia sakit la (cedera),” kata seorang wanita dalam rakaman video berkenaan.

Video ini telah mendapat perhatian pengguna Internet di seluruh dunia yang sama-sama prihatin serta bimbang mengenai keadaan singa berkenaan.

@charlee_davis melahirkan rasa kesal dan marah apabila melihat keadaan mengerikan raja rimba itu.

“@nardnazeer saya cukup marah dengan keadaan sebegini. Saya mahu membantunya.”

@theninthgirl berkata: “@nardnazeer, dia tidak sihat dan sangat tidak gembira. Ia betul-betul menyedihkan dan mengerikan!”

@kaminokosa_9012 menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke arah penjaga yang mengabaikan haiwan berkenaan.

“Ini sangat menjijikkan! Hakikat bahawa haiwan itu dikurung di dalam sangkar amat menyedihkan, tetapi untuk anda tidak menjaganya dengan baik adalah menjijikkan.”

Zoo Johor, yang ditubuhkan pada 1928 adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia.

1 comment:

  1. "Singa Kaki Patah Dan Kurus, Dapat Perhatian Puteri Sultan Johor"

    Sad case indeed.

    Just to share this...

    Aug 25, 2015 - Get that lion treated now!

    Johor princess wants immediate action - http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/24/get-that-lion-treated-now-johor-princess-wants-immediate-action/

    http://investmentwatchblog.com/costa-rica-first-country-to-close-all-zoos-letting-its-animals-free/

    You be the judge.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.