`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 17, 2015

Tindakan Najib buktikan tuduhan ke atasnya benar, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datuk Seri Najib Razak, beliau mungkin boleh membeli pilihan raya tetapi perdana menteri itu tidak boleh melakukan demikian untuk mengekalkan popularitinya. 
Bekas perdana menteri itu berkata, dengan pelbagai usaha Najib menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. 
“Dengan tindakan itu, Najib secara berkesan menghentikan siasatan kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan dalam 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib. 
“Maka pandangan awam kekal kuat mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri. Oleh demikian terdapat cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” katanya melalui blog popularnya chedet.cc petang ini. 
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.