`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 14, 2015

Tai Chi Zeti dan Penyakit Gila jatuh Ringgit.



Komen rengkas mengenai isiu semasa. Ini catatan sekali imbas.

Persembahan Zeti Akhtar semalam siang.

Macam mana menilai dan menyedari implikasi2 pencerahan Zeti? 

Pertama: ini suatu pembersihan Najib atau apa? Atau persembahan tai chi menyelamatkan diri?Sambil memberi kenyataan, keseluruhan persembahan tersebut boleh dibaca sebagai suatu indictment keatas kerajaan Najib.

Ancaman Zeti untuk saman mereka yang mengaitkan nya dengan 1MDB –adakah ianya dibuat kerana Zeti tahu system perundangan dalam negara ini, seacara kesemulajadian, memihak kepada yang berkuasa dan kaya?

Implikasi nya: ada sesuatu yang reput dengan sistem perundangan Malaysia.

Atau Zeti awal awal memberi amaran kepada mereka yang mencungkil penglibatan bisnes keluarga nya.MUngkinkah ejensi kerajaan diguna untuk intip kedalam kehidupan rakyat biasa?

Kalau demikian, saya syorkan Zeti menggunakan khidmat private eye dari PDRM sendiri membongkar siapa yang menggali cerita lama untuk disaman. Adakah pihak polis melakukan intipan terpilih?

Besar kemungkinan usaha Zeti akan membawa nya ke pintu jabatan dirty tricks kerajaan sendiri untuk menakutkan Zeti.Adakah kerajaan membuli rakyat?

Hence, performance semalam siang yang B rated sahaja.

Sekali pandang, ini macam persembahan tai chi. Jika BNM tidak ada kuasa regulasi, pengawalan dan enforcement, mengapa ada jabatan pemantauan dalam BNM?

Adakah ianya tempat penyelidikan pegawai kumpul material untuk Ph.D.? Atau sengaja suka2?

Jika ianya duit laundered, kata kan demikian. Jika bukan kata bukan. Jangan kata diluar skop pemantauan BNM. Apa yang dalam skop dan bukan dalam skop?

Adakah dengan ini, setelah sekian lama membisu, Zeti kata, sesungguhnya RM2.6 billion itu derma?  Mulai sekarang, sesiapa boleh melakukan pencucian wang dengan syarat jangan beritahu BNM. Jika BNM tahu, segera kata ianya derma?

Ini seperti nasihat klasik seorang peguam- kamu boleh lakukan apa sahaja asal saja kamu jangan ditangkap. 

Tapi ia juga memberi bayangan bahawa walaupun BNM badan regulasi kewangan yang perkasa, ada  kuasa politk yang cuna menggangu kebebasan BNM. Tidak perlu otak Einstein untuk meneka kuasa itu datang dari mana. 

Kejatuhan Ringgit dan penyakit gila massa.

Kedua, isiu kejatuhan Ringgit. Sahabat saya Chief ada reputasi tembak dahulu, tanya kemudian. Saya diberitahu , ini kaedah polis di India- shoot first , ask questions later inspector sahab ji.

Kadang2 pandangan nya sungguh bizzare. Tapi itulah dia chief. Najib kekalkan nya, kerana dia sorang2 nya attack dog yang berani menyalak kuat kepada Mahathir. 
Ialah, kadang2, salakan anjing lebih dasyat dari gigitan.

Sayang sekali salakan chief menakutkan orang awam yang misinformed, tapi tidak menakutkan Mahathir. Pada umur 90 tahun, he has seen it all. Yang takutkan Mahathir ialah si pendekar Bugis jadi jadian.

Kepada menteri yang bergantung kepada pelancung yang suka belanja di Malaysia sebab Ringgit kita sekarang sangat rendah, kejatuhan Ringgit ialah suatu boon.

Tapi negara kita bukan semua penghuni nya pelancung. Menggilakan semua orang tanpa pengecualian, mengandaikan kesemua rakyat Malaysia berlagak sebagai pelancung. Semua murah. Barangan murah, khidmat GRO pun murah.

Mereka yang berjiwa dan berperwatakan pelancung akan suka Malaysia. Jika tak suka kerana semua barang dan khidmat murah, mereka tentu gila.

Tapi bagaimana dengan hospital- suatu perkhidmatan yang tentu lebih diutamakan dari terimaan hasil dari  meraka yang datang suka ria dan seronok seronok? Mereka ini bukan pelancung.

mereka yang tidak berperwatakan pelancung tapi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi, kejatuhan Ringgit adalah malapetaka.

Jika mereka tidak setuju dengan kejatuhan nilai Ringgit, bagaimana? Mereka gila?

Bagaimana dengan sector pembuatan yang bergantung kepada intermediate inputs yang di import? Kos pembuatan makin meninggi bukan?  Jika USD sampai kepada RM5 bagaimana?

Rakyat bukan pelancung dan pengilang tentu komplen kerana kos pengilangan dan kos pembuatan akan meningkat yang akan dicerminkan dengan harga barangan akhir yang tinggi.

Jika mereka protes, adakah mereka dianggap gila?

Cuba bandingkan sumbangan sector perindustrian dan pengilangan dengan sector pelancungan . adakah nilai GDP sector pembuatan dan pengilangan  besar atau kecil berbanding dengan nilai GDP pelancungan?

Siapa gila?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.