`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 14, 2015

'RM jatuh akibat politik, tapi puncanya PM'



PKR mengakui perkembangan politik semasa antara penyumbang kejatuhan harga ringgit, menjadikannya yang terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Bagaimanapun, hujah parti itu, ia sebenarnya berpunca isu kewibawaan Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, perkara itu berlaku apabila pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

“Memang betul kejatuhan kerana masalah politik tapi ia kerana kredibiliti dia (Najib) mengenai 1MDB, aliran wang yang masuk (dalam akaun Najib), mengenai tindakan dia kebelakangan ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rafizi berkata untuk mengembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa, Najib harus meletakkan jawatan.

“Najib sedar kejatuhan ringgit berpunca daripada beliau dan tahu rakyat tidak gembira dan majoriti mahukan Najib letak jawatan

“Tetapi itu sudah jadi budaya dalam Umno, bahawa apabila seseorang mempunyai kuasa dia akan meletakkan kepentingan melebihi kuasa, keluarga, kerabat dari kepentingan rakyat.

“Saya yakin Datuk Seri Najib faham, tetapi kepentingan itu terlalu banyak sehingga beliau tidak sanggup mengorbankan kepentingan dia untuk rakyat,” katanya.

Semalam Najib menyalahkanspekulasi politik antara punca kejatuhan ringgit yang sudah mencecah tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).

Najib juga cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.