`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 6, 2015

Rakyat Berdiri Teguh Bersama SPRM Siasat Rasuah & Salahguna Kuasa

Terima kasih atas sokongan

PUTRAJAYA- "Terima kasih seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberi," demikian respon Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Rohaizad Yaakob ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. 

Rohaizad berkata SPRM berjanji akan menjalankan tugas mereka ‎dengan sebaik mungkin dalam menyiasat kes yang membabitkan pimpinan tertinggi negara.

"Terima kasih kerana selama ini anda memberi sokongan kepada SPRM, kami akan membuat kerja kami sehabis baik, secara telus dan jujur sepenuh masa.

"Insya-ALLAH, kami akan lakukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Rohaizad juga mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen yang datang ke SPRM pagi ini untuk memberi sokongan kepada pihaknya.

‎"Terima kasih kepada yang datang hari ini, dan beri sokongan," ujarnya.

Antara yang hadir memberi sokongan adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Harapan Baru, Mohammad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang.


Najib diminta bercuti

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta agar bercuti supaya siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat dijalankan dengan telus.

Presiden Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu meminta berkata, SPRM perlu bebas dan sebarang gangguan dari pihak lain perlu dihentikan.

"Sebab itulah kami (pembangkang) dari dulu lagi memohon orang nombor satu itu bercuti," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Walaupun berbeza pandangan dengan peranan SPRM, pihaknya menyokong usaha untuk membetulkan dan meletakkan kembali integriti suruhanjaya itu.

"Selama ini SPRM kurang berintegriti kurang berintegriti oleh rakyat," katanya. 
-SH



SPRM terima sokongan hebat di Internet

Ketika dilihat tertekan dengan siasatan dan tangkapan polis terhadap anggotanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menerima sokongan mencurah-curah di alam maya.

Di Twitter, hashtag #sokongsprm semalam menjadi antara yang paling hangat dibincangkan sebelum diambil alih oleh #MH370 awal pagi tadi.

Minat orang ramai terhadap topik itu menjadi-jadi selepas polis semalam terus menyiasat pegawai SPRM susulan kes kebocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tekanan demi tekanan itu kemudian menyaksikan suruhanjaya itu, di seluruh Malaysia, tampil dengan solat hajat memohon kekuatan daripada Yang Maha Kuasa untuk memerangi rasuah.

Malah, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin nyata berang dan bersumpah dengan nama Allah untuk mencari ke lubang cacing dalang yang mengarahkan apa yang berlaku.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengganggu tugas mereka untuk memerangi rasuah, seperti dinyatakan dalam Akta SPRM 2009.

#DearNajib kekal di atas

Laman pemantauan trend Twitter di negara ini Trendinalia Malaysia bagaimanapun menunjukkan penggunaan hashtag #sokongsprm semakin menurun.

Bagaimanapun, #DearNajib pula, yang dimulakan beberapa hari sebelum ini, masih mendapat perhatian ramai dengan berada di tempat ketiga.

Orang ramai juga masih mengikuti dengan rapat perkembangan kes kemasukan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini tergambar dalam apabila perkataan MACC, Sarawak Report dan Rahman Dahlan yang kini berada dalam kedudukan 15 teratas.

Datuk Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN, kini antara pihak paling terkedepan mempertahankan Najib daripada dakwaan salah laku.

Sementara itu Facebook pula, semakin banyak laman menyokong SPRM muncul, terbaru “Rakyat Bersama SRPM” yang dalam masa singkat sudah disukai lebih 5,000 orang. -mk

Ribuan nyatakan sokongan terhadap SPRM di laman sosial

Kurang 24 jam selepas tertubuhnya kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Rakyat Bersama SPRM" di laman Facebook, ia berjaya menarik penyertaan hampir 7,000 pengguna laman sosial.

Pengasas dan pentadbirnya, Azlan Sharif, 34 yang terkejut dengan sambutan itu berkata, pada mulanya beliau hanya menjemput 170 rakannya menyertai kumpulan itu yang ditubuhkan bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Secara jujur saya terkejut juga. Saya hanya kenal 170 orang yang saya jemput itu. Orang lain dalam kumpulan itu saya tidak kenal.

"Tetapi jelas sekali, orang ramai menyokong SPRM yang kini berdepan cabaran hebat dalam penyiasatannya terhadap rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada The Malaysian Insider.

Azlan, seorang aktivis sosial yang terlibat dalam kerja kemanusiaan dengan kumpulan seperti Orang Asli berkata, beliau memulakan laman Facebook Rakyat Bersama SPRM itu selepas pukul 6 petang semalam. – TMI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.