`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 14, 2015

P.Ramlee’s Message to Dear Leader Najib Razak et.al in UMNO

COMMENT: I have decided to leave this article in Bahasa Malaysia, although my readers are not just individuals who read and understand the Malay language, which our language nationalists still dream of making into a global lingua franca. It is MP Zairil Khir Johari’s tribute to the legendary Penang born and Penang Free School educated P. Ramlee, composer, director, singer-musician and comedian.
Najib and Rosmah-The Stars in LondonThe infamous Duo
The article contains valuable and relevant political messages for our dear Leader Najib Razak and his wife Rosmah Mansor and the current crop of UMNO leaders.–Din Merican
Here is some information on the late P. Ramlee, courtesy wikipedia.org: P. Ramlee was born on the first day of the Eid festival, which fell on 22 March 1929. His father, Teuku Nyak Puteh, was a sailor from Aceh, who later married Che Mah Hussain.
He attended Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu Kampung Jawa (Kampung Jawa Malay School) and Sekolah Francis Light primary schools. Next he went to the famous Penang Free School secondary school until the second World War broke out. During the Japanese occupation years in Malaysia, he continued his studies at the Japanese Navy Academy. When the war ended, he resumed his studies in Penang Free School and was very active in sports.
In 1947, he won the first place in a song competition organised by Penang Radio. seven years after his acting career started, P. Ramlee directed his first film, Penarek Becha. In 1957, he appeared in the first of his Bujang Lapok comedic films, in which he acted along with Aziz Sattar and S. Shamsuddin, and which are still popular among modern Malay film watchers. During his career he directed and acted in 66 films, and had more than 360 songs to his credit.
P RamleeThe Pride of Penang–A Man of Prodigious Talent
He returned permanently to Kuala Lumpur after years with Shaw Brothers in Singapore. His final film was Laksamana Do Re Mi in 1973. In his last song, “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur), also in 1973, the lyrics depict his crushed feelings from a series of disappointments and setbacks upon returning to Malaysia after years in Singapore.
P. Ramlee was married three times. His first marriage, to Junaidah in 1950, ended in a divorce four years later. His second marriage, in 1955 to Noorizan Mohd. Noor Menonolq, a member of the Royal family of State of Perak, ended in divorce in 1961. His last marriage was in November 1961, to Salmah Ismail, a very famous singer known as Saloma.
On 29 May 1973, P. Ramlee died at the age of 44 from a heart attack and was buried at Jalan Ampang Muslim Cemetery, in Kuala Lumpur.
In 1986, 13 years after his death, in honour of his contributions to the Malaysian entertainment industry, the P. Ramlee Memorial or Pustaka Peringatan P. Ramlee was built in his home in Setapak, Kuala Lumpur. In 1982, the street Jalan Parry, in the center of Kuala Lumpur, was renamed Jalan P. Ramlee in his honour. In 1990, he was posthumously awarded the Malaysian honorific title Tan Sri, and then in 2009, the honorific title of “Datuk Amar” by Sarawak State Government. The Chief Minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud, an avid fan of P. Ramlee, presented the award to his adopted daughter, Dian P. Ramlee, in a ceremony honouring veteran artists in Kuching.
On 31 October 2010, a 90-minute documentary on his life was aired on History Channel Asia. During the documentary, it was revealed that P. Ramlee’s death was a shock to the nation, and a sense of collective guilt began to spread nationwide, as prior to his death he had been discredited and rejected by his own nation,citing that he was a “has been” and that his songs and film were no longer marketable. The documentary also revealed that despite his previous success in the entertainment industry, P. Ramlee died a penniless man, having given away the last of his money to a visitor to the house whom he deemed needed the money more than he.
The P. Ramlee House is a museum situated along Jalan P. Ramlee (formerly Caunter Hall road) in Penang, Malaysia. The building is a restored wooden house that was originally built in 1926 by his father and uncle. The house had previously undergone multiple repairs before being taken over by the National Archives as an extension of its P. Ramlee Memorial project in Kuala Lumpur. Items on display at the house include personal memorabilia related to his life in Penang, and items belonging to his family.–www.wikipedia.org

Malaysia: Lessons for Najib Razak from P. Ramlee

by Zairil Khir Johari
Nama P. Ramlee sememangnya tidak asing lagi bagi kita semua. Kehadiran Seniman Agung ini dalam arena perfileman negara telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam dunia seni, mahupun terhadap pembangunan masyarakat Malaysia. Sehingga ke hari ini, filem-filemnya masih menjadi tontonan dan rujukan umum.
Relevan sepanjang zaman
Penderma Utama
Hal ini kerana segala apa yang ditonjolkan dalam karyanya bukan sahaja relevan sepanjang zaman tetapi juga sarat dengan nilai dan kritikan sosial yang tajam. Ambil sebagai contoh adegan daripada filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee, di mana setelah watak Ali Baba yang dilakonkan Aziz Sattar kembali pulang dengan sebuah peti yang penuh dengan wang emas, isterinya langsung bertanya: “Dari mana kanda curi wang ini?” Dijawab Ali Baba:“Kanda bukan curi, kawan kanda kasi, da.” Lalu isterinya membalas: “Kawan kanda siapa? Kawan kanda siapa?” Dengan penuh kejengkelan, Ali Baba membidas: “Eh, engkau berapa banyak mahu tanya da?”
Tidak sangka pula, adegan daripada filem tahun 1961 ini masih relevan pada hari ini, lebih 50 tahun kemudian. Mungkin ramai yang boleh bayangkan adegan yang serupa dengan dialog berikut: “Oh, banyaknya duit ini. Dari mana Dato’ curi wang ini?” “Saya bukan curi, kawan saya derma, lah.” “Siapa kawan yang derma itu? Siapa kawan yang derma itu?” “Eh, rakyat ini, berapa banyak mahu tanya lah?”
Selain menggelikan hati kita, P. Ramlee juga seorang budayawan yang berpandangan jauh merentasi zaman. Beliau mampu secara kritis mengangkat pelbagai isu dalam masyarakatnya – baik persoalan kebudayaan, ketidakadilan sosial mahupun agama dan moral. Seringkali, karya-karyanya akan memberi peringatan akan kepincangan yang bakal menimpa masyarakat sekiranya sesuatu masalah tidak diatasi dengan segera atau jika masyarakat tidak melepaskan diri daripada takuk yang lama. Dalam konteks ini, filem bagi P. Ramlee bukan sekadar alat hiburan, tetapi turut menjadi alat untuk mendidik dan membuka minda masyarakat.
Citra keagamaan dalam filem P. Ramlee
Dalam kepelbagaian tema yang dibawa oleh P. Ramlee dalam filem-filemnya, tema agama, dakwah dan moral tidak kurang pentingnya. Namun begitu, kaedah pengupasan citra keagamaan oleh P. Ramlee ini tidak mengambil bentuk yang nyata. Sebaliknya, ia lazimnya disuntik melalui simbolisme yang membawa makna yang tersirat.
Misalnya, dalam filem Pendekar Bujang Lapok, sikap Wak Mustar yang memaafkan para samseng biadab yang menolaknya di jeti perahu menggambarkan salah satu elemen moral yang dituntut dalam agama. Begitu juga dengan ketiga-tiga pendekar yang dimainkan oleh P. Ramlee dan dua sahabat karibnya, Ajis dan Sudin, yang mengembara untuk mencari ilmu. Bukankah ini merupakan “jihad” yang besar dalam agama?
Kuala Lumpur 06 May 2014. Labu (M. Zain) and Labi (P. Ramlee) with a kadi (Aziz Sattar) in the movie
Keprihatinan P. Ramlee terhadap kesenjangan kekayaan antara golongan miskin dan kaya juga terserlah dalam karyanya. Dalam filem Labu dan Labi, beliau secara tajam mengkritik golongan kaya yang menindas dan tidak ikhlas dalam mewakafkan harta kepada golongan miskin. Ini dapat dilihat melalui watak Haji Bakhil yang mempunyai agenda tersembunyi sewaktu beliau mendermakan harta kepada rumah anak-anak yatim. Kritikan terhadap sikap tamak golongan kaya turut boleh dilihat dalam filem Tiga Abdul, apabila watak Sadiq Sigaraga, seorang saudagar kaya, telah jatuh miskin akibat daripada kerakusannya. Pada penghujung ceritanya, watak protaganis, iaitu Abdul Wahub, kemudian mendermakan rumah kedai kepada anak-anak yatim, lantas menampilkan elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial.
Kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu yang sangat kuat bersandar kepada unsur-unsur tahayul juga turut dikritik oleh P. Ramlee. Dalam satu adegan dalam filem Seniman Bujang Lapok, P. Ramlee memerlukan wang sebanyak RM350 untuk berkahwin, sedangkan beliau pada waktu itu sedang mengalami kesempitan wang. Lalu, Sudin memberikan Ramlee sebentuk cincin yang menurutnya memiliki hikmat. Cincin itu digunakan oleh Ramlee untuk meminta wang daripada  seorang pengurus syarikat filem yang bernama Kemat Hassan. Namun, Ramlee disergah oleh Kemat Hassan dan hanya mendapat RM5. Kecewa, Ramlee bertindak membuang “cincin hikmat” itu ke dalam longkang.
Babak ini memberi pengajaran bahawa apa sahaja yang ingin dicapai oleh manusia haruslah dilakukan dengan usaha yang keras. Penyandaran terhadap elemen-elemen tahayul bukan sahaja ditegah dalam agama, malah ia juga mampu menjadi penghadang kepada kemajuan masyarakat.
P. Ramlee sebagai pendakwah
Kepekaan P. Ramlee terhadap persoalan agama dan moral dalam filem-filemnya menjelaskan bahawa agama bagi beliau bukanlah alat untuk melemah dan memundurkan masyarakat. Sebaliknya, ia merupakan sumber untuk menggerakkan masyarakat dalam pelbagai sektor kehidupan.
Bagi P. Ramlee, agama juga bukanlah suatu alat untuk menghukum, sepertimana yang difahami oleh ramai daripada kita pada hari ini. Beliau lebih suka menampilkan citra agama yang progresif dan bertoleransi terhadap kerencaman masyarakat kita yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum dan budaya. Alangkah baiknya sekiranya kita dapat mengiktibarkan cara pandang dunia P. Ramlee ini.
Akhir kata, P. Ramlee tidak melakukan dakwah melalui cara-cara yang biasa, umpamanya melalui penonjolan imej-imej kewarakan yang jelas lebih mementingkan bentuk daripada isi. Jika diteliti karya P. Ramlee, jelas beliau memilih untuk berdakwah melalui jenaka dan budaya popular yang halus bentuknya tetapi tajam kesannya. Isu-isu yang diketengahkan pula berkisar pada kepentingan ummah, kedaifan golongan miskin serta penindasan terhadap yang lemah. Dalam cara tersendirinya, P. Ramlee sebenarnya menzahirkan nilai-nilai agama yang sebenar.
Sesungguhnya, sumbangan P. Ramlee adalah sangat besar kepada kita semua. Walaupun sejarah akan selama-lamanya mengingati beliau sebagai seorang seniman dan budayawan yang tersohor, jelas usaha-usaha beliau sebenarnya menjangkaui batasan seni dan budaya. Malah, jasa dan baktinya dalam memajukan citra agama yang berjiwa besar dan progresif juga jelas melayakkan beliau untuk digelar sebagai seorang pendakwah. – Roketkini.com
 *Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.