`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 25, 2015

Pelajar Digantung Sekolah Buat Rakaman Di Tandas Guru Wanita

- Gambar hiasan
MELAKA: Dua budak lelaki berusia 14 tahun sanggup memanjat siling sebuah sekolah terbaik di sini dan menunggu selama berjam-jam untuk merakam video guru perempuan menggunakan tandas.

Dua pelajar Tingkatan 2 terbabit dipercayai mengambil lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka.

Mereka memanjat ke siling tandas pelajar sebelum berjalan di ruang atas untuk membuat rakaman di tandas wanita ketika waktu rehat persekolahan.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditangkap pada 27 April lalu selepas seorang guru mendengar bunyi dari siling dan menjerit meminta bantuan.

Ketika ditanya oleh guru disiplin dan empat orang anggota kakitangan lain, mereka mengaku telah menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan lalu.

Mereka berdua telah digantung persekolahan dan ibu bapa mereka telah dimaklumkan mengenai tindakan tatatertib yang dikenakan pada hari yang sama.

Salah seorang guru, 51, juga membuat laporan polis, bimbang kemungkinan video dan gambar telah dimuat naik dalam talian.

"Guru-guru bimbang bahawa kes itu mungkin menjejaskan reputasi mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi  Datuk Wira Md Yunos Husin.

"Kita tidak boleh menyembunyikan perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan di sebuah sekolah terkenal," katanya, menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Md Yunos juga memberi jaminan kepada guru-guru bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada gambar atau video yang telah disebarkan dalam talian.

Polis Melaka Tengah berkata mereka akan merekodkan kenyataan daripada semua guru yang terlibat dan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata guru dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni.

"Kita mahu siasatan mendalam tentang kes ini," katanya.

Idris berkata, sekolah perlu menyediakan tandas yang berasingan untuk guru dan pelajar, yang jauh anatar satu sama lain.

Beliau juga menyeru agar pengawas ditempatkan untuk memantau keadaan berhampiran.mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.