`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 18, 2015

PARAH!!! (Gambar2) Program Da'i Musim 3 Dikritik HEBAT, Netizen Mohon TV3 Buka Mata.. Jom Terjah!!!


Program Da'i musim ketiga mendapat kritikan ramai apabila dikatakan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya dijaga di dalam adab pergaulan.

Pandangan seorang pengguna Facebook, Emmelynn Amal Alyn, yang mengkritik program itu disokong oleh ramai pengguna Facebook yang lain.

"Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi.", tulis Emmelynn.

Emmelynn juga memberikan beberapa perkara yang dilihat tidak kena dalam program tersebut. Antara satunya adalah sesi luahan cinta yang tidak kesampaian.

"Saya puji dengan inisiatif pihak tv3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah:
1. Batas-batas pergaulan tak dijaga
2. Wargame lelaki perempuan
3. Pumping lelaki perempuan sekali
4. Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame
5. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
7. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda.
Sambil menyifatkan episod pertama program itu sudah menjelekkan, Emmelynn turut memberi nasihat kepada pihak TV3 supaya sedar dan membuka mata akan perkara itu selain menyeru peserta Da'i 3 supaya lebih lantang menyuarakan pendirian terhadap hal-hal sebegini.
"Saya mohon pada pihak tv3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da'i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri."

"Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab?"

"Mohon sama pihak tv3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri."

"Mohon sama peserta da'i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal hal begini kerana in the end antum la yang akan menjadi ikon remaja--kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da'i"

"Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktivit antara lelaki dan perempuan."

"Cukup cukuplah wahai tv3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek!", tulisnya panjang.

Kritikan dari Emmlynn telah dikongsi oleh netizen yang sependapat dengannya. Setakat ini, status itu dikongsi sebanyak 2,429 kali. 
- Siakapkeli.my 

[Kemaskini]
Pengguna Facebook, Zulfadhli Ridzuan berkata kaki da'i dan da'iyah diikat secara berjauhan. Untuk mengelakkan salah faham kami lampirkan bersama gambar yang diberikan oleh Zulfadhli Ridzuan.
Point 7 lebih kepada menimbulkan fitnah. Tengok siri tu pun agak jauh ikatnya, Atas alasan denda. Pada minit ke 58:47, daiyah tu dah terangkan, mereka diikat jarak yang jauh, dan meminta penonton jangan salah sangka. Boleh tengok screen shot di bawah (atas). - Zulfadhli Ridzuan

Emmelynn Amal Alyn added 5 new photos.
Sekilas pandang | daie 3
Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi.
Salah seorang dari ustaz pada pertengahan rancangan ada menyatakan
...See More

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.