`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 3, 2015

NAJIB BERJAYA GAGALKAN KONSPIRASI MAHATHIR??????

Image result for Mahathir ask Najib to resign

Ini cunma spekulasi dari Tulang Besi. Tiada bukti yang ada pada Tulang Besi untuk diberikan.

Ia berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Tulang Besi sahaja.

Pada hemat Tulang Besi, tindakan drastik Najib memecat Muhyiddin, Gani Patail, Shafiee Afdal dsbnya adalah tindakan desperado Najib.

Pendedahan Sarawak Report menunjukkan dalam sebulan dua ini Najib akan ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan korupsi berkaitan 1MDB.

Muhyiddin akan memangku tempat Najib sebagai PM kalau ini berlaku dan Muhyiddin akan menggunakan segala kuasa Perdana Menteri untuk memastikan Najib meringkuk di dalam penjara.

Itu adalah konspirasi dan perancangan Mahathir sebenarnya.

Jangan lupa, Mahathir sendiri telah menyatakan banyak kali bahawa Najib dan ramai akan masuk penjara kalau Najib letak jawatan. (Rujuk sini)

Cumanya konspirasi Mahathir ini berjaya dihidu oleh Najib.

Mungkin ada di kalangan ahli2 konspirasi tersebut yg telah "pecah lobang" dgn Najib untuk mendapat ganjaran dan balasan yang besar.

Ia menjelaskan kenyataan pertama Mahathir selepas pemecatan Muhyiddin:




Pada hemat Tulang Besi Mahathir berkata yang ada orang2 ini konon menentang Najib tapi telah belot kepada beliau dan mendedahkan konspirasi ini.

Adapun mengapa Tulang Besi kata Najib desperado pula?

Peguam Negara cuma ada tiga bulan lagi dalam kontrak beliau.

Tidak perlu Dato Najib memecat dan melanggar Perlembagaan Negara untuk memastikan kuasa yg ada pada Gani Patail dilucutkan. Tiga bulan bukanlah masa yang panjang dan Dato Najib boleh menunggu tanpa apa2 masaalah.

Namun, tiga bulan cukup untuk Gani Patail bagi menjalankan tindakan undang2 ke atas Najib Tun Razak.

Maka, suka atau tidak suka, Najib terpaksa memecat Gani Patail bagi memastikan kuasa AG yg ada pada Gani dilucutkan.

Apabila terdakwa sahaja Najib Tun Razak, walaupun belum diputuskan dalam mahkamah, Najib akan terpaksa berundur dari kerusi PM.

Di kala itu Najib akan menerima nasib seperti Anwar Ibrahim yakni akan duduk meringkuk dalam penjara sehingga akhir hayat.

SELEPAS INI?

Bagi Dato Najib, Tulang Besi yakin akan melakukan pembersihan besar-besaran di kalangan kepimpinan UMNO. Ini termasuk memecat Mukhriz dari jawatan MB.

Mahathir pula mungkin tidak akan berhenti. Dia masih ada isu Altantunya untuk digunakan.

Namun, ada pendapat mengatakan Mahathir akan mengaku kalah dan akan cuba membuat "deal" dengan Najib.  Isu Altantunya akan menjadi alat Mahathir untuk mendapat "perjanjian" yang menguntungkan beliau.

Jangan lupa, Najib sekarang sudah kuat dan Najib juga boleh menggunakan AG yang baru untuk menangkap serta mendakwa Mahathir.

Silap2 Mahathir akan meringkuk dalam penjara di sebelah sel Anwar Ibrahim. Sama2 nanti makan dan duduk sebelah menyebelah di meja makan Penjara Sungai Buloh.

Apa2 pun kita tunggu perkembangan seterusnya.

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.