`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 23, 2015

Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek

Image result for najib and RM2.6 Billion

Ya, sememangnya makin lama makin merepek alasan alasan yang diberi oleh mereka yang bertungkus lumus untuk mempertahankan kewajaran Najib Tun Razak menerima RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi beliau di dalam tahun 2013.
Ada yang berkata ianya untuk keperluan pilihanraya, ada yang berkata ianya adalah derma dari penyokong Umno, ada yang berkata ianya derma dari negara yang dianggap sebagai abang angkat (brotherly nation), ada yang berkata ianya duit sebagai tanda terima kasih kerana melawan ISIS (pertubuhan pengganas dari Timur Tengah) dan ada yang berkata ianya untuk melawan pengaruh Yahudi dan DAP.
Saksikanlah betapa berubah-ubahnya cerita mereka dari permulaan kisah di mana pada mulanya mereka tidak mengaku ada wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri! Inilah padah jika bercakap tidak berdasarkan fakta dan kebenaran.
Hanya yang tertelan pil bodoh sahaja yang akan mempercayai alasan alasan tersebut.
Dan yang terkini, ianya adalah kerana rakyat Malaysia mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah!
“Saya sahkan derma itu dari Asia Barat sebab saya lihat dokumen itu dan berjumpa ketua pegawai pelaburan kepada penderma dan trustee (pemegang amanah) kewangan keluarga penderma itu. Saya tanya kenapa AS$700 juta didermakan kepada Malaysia.
Perlu diingatkan kepada beliau bahawa Malaysia tidak mendapat satu sen pun dari derma tersebut. Najib Tun Razak yang terima di dalam akaun peribadi. Adakah akaun perbendaharaan Malaysia yang mendapat RM2,600 juta tersebut atau pun akaun peribadi perdana menteri?
“Saya tanya kenapa perlu dibantu UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dia bagi tiga alasan iaitu pertama, kerana Malaysia cukup komited dalam operasi anti keganasan dan jelas Malaysia ada Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA), Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana kita tidak mahu ada pengganas yang ganggu,” katanya.
Lagi sekali suka diingatkan Umno dan Barisan Nasional tidak mendapat satu sen pun dari derma tersebut. Adakah wang ribuan juta tersebut disalurkan ke dalam akaun parti Umno dan BN atau pun telah disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti?
POTA, SOSMA dan ancaman pengganas adalah di dalam bidang kuasa polis dan kerajaan. Sememangnya ianya adalah tugas kerajaan dan perdana menteri. Adakah berbillion bajet yang diperuntukkan untuk keselamatan negara setiap tahun tidak mencukupi? Adakah kita perlu menagih dan menerima bantuan dari negara luar untuk tujuan tersebut?
Dan apakah yang diperkatakan oleh undang undang negara apabila seseorang penjawat kerajaan menerima wang dengan banyaknya hanya untuk melaksanakan tugas? Ianya dianggap rasuah.
Definisi rasuah mengikut Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia:
Corruption is the act of giving or receiving of any gratification or reward in the form of cash or in-kind of high value for performing a task in relation to his/her job description.
Apakah yang cuba disampaikan oleh Zahid Hamidi sebenarnya? Amat pelik apabila terdapat penjawat kerajaan menerima wang begitu banyak di dalam akaun peribadi, ini dipandang mudah oleh menteri menteri kabinet yang lain.
Ahmad Zahid berkata, perkara kedua menurut penderma berkenaan adalah kerana Malaysia mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan penderma berkenaan tidak mahu terdapat mazhab lain yang menyeleweng daripada sunah Rasullullah. Menurut Ahmad Zahid, perkara ketiga adalah kerana komitmen yang jelas iaitu biarpun Malaysia adalah negara majmuk dan sederhana, namun, negara-negara Islam tetap mengiktiraf komitmen Malaysia yang memegang Sunnah Wal Jamaah.
Perkara kedua dan ketiga adalah perihal yang sama iaitu penderma telah menderma ke dalam akaun Najib Tun Razak kerana rakyat Malaysia yang sudah berkurun lama mengamal pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cukup berterima kasih kerana rakyat Malaysia tidak lari dari komitmen untuk terus memegang pegangan tersebut.
Persoalannya, mengapa diberi kepada Najib Tun Razak duit tersebut? Adakah di dalam tahun 2013 setiap rakyat Malaysia yang memegang pegangan tersebut telah mendapat sebahagian dari derma secara langsung dari akaun peribadi perdana menteri? 
Di mana logik bagi seseorang perdana menteri mendapat kredit untuk kepercayaan agama rakyat Malaysia apabila beliau hanya menjawat jawatan tertinggi negara hanya sejak tahun 2009 manakala rakyat Malaysia semua sememangnya sejak dahulu kala lagi telah menganut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Adakah perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini tidak komited untuk mempastikan rakyat Islam Malaysia memegang pegangan tersebut? Mengapa begitu merepek sangat cerita dongeng ini?
“Saya melihat dokumen yang original (asal) bukan fotostat. Saya lihat juga dari segi pemindahan kewangan,” tegas beliau.
Setakat melihat dokumen asal dari segi pemindahan kewangan sememangnya rakyat Malaysia sudahpun melihatnya kerana laporan Wall Street Journal telah pun membuktikan bahawa wang tersebut memang wujud di dalam akaun peribadi Najib Razak.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia ingin melihat penyata perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk ketiga-tiga tujuan di atas. Di mana buktinya? Bagaimana kami semua ingin mempercayai bahawa setiap sen dari RM2,600 juta tersebut bukan untuk tujuan peribadi jika tidak ada bukti disertakan?
Rakyat Malaysia hanya mahukan kebenaran dan keikhlasan dari pemimpin mereka berdasarkan fakta yang ada.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.