`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 26, 2015

Foto - Hobi Terkini Paling Gila Lelaki Arab






Riyadh: Jika sebelum ini kita sering melihat di dalam filem-filem Hollywood cerita ahli sihir terbang menggunakan penyapu seperti dalam Harry Potter namun lain pula dengan lelaki-lelaki arab di Arab Saudi ini.

Mereka juga melakukan aksi hampir sama tetapi menggunakan senapang yang berpeluru hidup untuk terbang.

Hobi ekstrem ini dikatakan mula popular sejak beberapa bulan lalu di mana mereka ini menggunakan daya tembakan yang membolehkan orang yang duduk di atas senapang berkenaan melonjak keatas.

Pemuda-pemuda ini dikatakan berkumpul beramai-ramai melakukan aksi bahaya ini di mana mereka meletakkan hamparan permaidani dan melakukan aksi berkenaan di atas permaidani tersebut.

Seoran jurugambar, Mohamed Al Hwaity telah menyertai aktiviti ini dan merakam aktiviti kumpulan berkenaan.

“Mereka akan memegang senapang secara terbalik dan menghalakan muncung senjata itu ke tanah.

“Selepas memegang senapang dengan erat, mereka akan melompat sambil menarik picu.

“Daya tujah akibat letupan senapang itu menolak mereka lebih tinggi ke udara seperti sedang terbang,” katanya.

Menurutnya, aktiviti itu sangat bahaya kerana peluru boleh mengenai kaki atau mereka yang berada berhampiran kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.