`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 17, 2015

Bekas Polis bergelar Dato belasah Budak Sekolah Dan lepaskan Tembakan


Shah Alam: Kejadian yang berlaku di Seksyen 7,Shah Alam pada jumaat 14/8/2015. Dua orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini telah dibelasah oleh seorang bekas pegawai polis yang berpangkat dato. Dipercayai 2 orang pelajar ini ingin mengulangkaji serta mengajar sahabatnya yang tinggal di rumah tersebut dalam mata pelajaran sekolah.

Malangnya mereka telah dituduh menceroboh walhal mereka membawa beg sekolah,memakai seragam sekolah dan lebih teruk mereka berada diluar kawasan rumah.



DATO tersebut yakni bekas pegawai polis,telah mengacukan senjata sedangkan mereka tidak membawa sebarang alat yg merbahaya, selepas diacu senjata,kedua-dua pelajar ini mengangkat tangan untuk menunjukkan tanda menyerah. DATO tersebut masih mengacukan pistol yg masih berpeluru dimuka pelajar tersebut dlm lingkungan 30cm sahaja.

DATO tersebut juga melepas kan SATU DAS TEMBAKAN ke langit. Pelajar ini juga telah dipijak kepalanya smpai berdarah.mereka digari dan dibawa ke balai. Mereka dilepaskan kerana mereka tidak menceroboh.

Pihak keluarga mangsa hanya meminta DATO tersebut dtg memohon maaf atas kejadian ini yg tanpa usul periksa telah membahayakan nyawa anak mereka. Malangnya DATO tersebut cukup sombong dan ego untuk melakukan hal yg sedemikian.

Berat sgt ke nak memohon maaf atas perkara yg sangat serious ini?
terlalu teringin sangat ke nak menembak?

Kalau mati budak ni,mmg jadi lagi mcm kes amirul yg ditembak di seksyen 7 juga!!!

Mohon viral kan! pihak keluarga mangsa sudah membuat laporan dan akan membawa dato tersebut kemuka pengadilan!!!



Sumber dari fb : Aiman Iqmal @ https://goo.gl/l8go1p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.