`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 21, 2015

AZMIN SILA JAWAB INI… MENGAPA DEIG DIBUAT SUPAYA BEBAS AUDIT… ?

budiman-deig_400_260
(Agenda Daily) –  Terma pinjaman DEIG sangat ‘pelik’ dan mengelirukan selain syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.
Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam Khamis malam penuh ketika ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi mengatakan taklimat mengenai isu paling panas di Selangor Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG).
Memang ramai yang hendak tahu letak duduk cerita DEIG ini… sejak awal minggu ini, macam-macam cerita kita dengar mengenai entiti baru pelaburan Selangor itu dan yang paling membangkitkan kemusykilan adalah syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.
Hampir semua pemimpin NGO di negeri itu, selain aktivis politik dan juga media turut serta dalam taklimat bertajuk ‘Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG)- Kebimbangan Kita’
Menurut Budiman, DEIG bukannya isu politik, sebaliknya ia adalah kebimbangan semua wakil rakyat di Selangor, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan.
Jelasnya, kebimbangan terhadap keperluan dan ketelusan sayap pelaburan negeri itu, telah disuarakan wakil rakyat di dalam dan luar Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sentimen yang ditunjukkan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang adalah sama, iaitu semua mahu aktiviti DEIG ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.
“Penubuhan entiti pelaburan ini nampaknya sama dengan syarikat-syarikat lain, di mana mereka tertakluk kepada Akta Syarikat 1967.
“Bagaimanapun, di bawah akta itu, DEIG bebas daripada diaudit pihak lain, termasuk dipersoalkan DUN.
“Jika penubuhan DEIG perlu, ia boleh menjadi anak syarikat MBI yang berperanan sebagai juru perunding untuk memberi nasihat komersial kepada anak-anak syarikat MBI, bukannya sebagai sebuah entiti yang mempunyai bidang kuasa untuk mengawal operasi semua anak syarikat MBI,” katanya dalam taklimat lebih sejam itu.
Disebabkan DEIG membabitkan aset-aset kerajaan, Kerajaan Selangor yang diketuai Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu terlebih dahulu menyediakan satu laporan yang boleh dibentang dan diteliti semua Adun, ujar beliau.
Keperluan menubuhkan DEIG dipersoalkan pelbagai pihak, memandangkan sudah wujud Menteri Besar Incorporated (MBI) yang memainkan peranan sama.
Katanya, Mohamed Azmin sepatutnya mengkaji cara supaya MBI sedia ada boleh berfungsi lebih baik, bukannya menubuhkan entiti baru yang akan menambahkan lagi kos dan memaksa kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang boleh digunakan untuk projek lain dan lebih bermanfaat untuk Selangor.
Beliau memberi contoh, untuk meningkatkan ketelusan MBI, kerajaan negeri boleh mewajibkan perbadanan itu menyerahkan laporan kewangan tahunan untuk diaudit jabatan audit negeri.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin muda UMNO Selangor,Datuk Irmohizam Ibrahim berkata langkah menubuhkan DEIG untuk menstruktur pelaburan 12 entiti di bawah MBI dipersoalkan kerana  tidak mempunyai ketelusan dan terdedah kepada risiko penyelewengan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, terma pinjaman DEIG sangat ‘pelik’ dan mengelirukan selain syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.
Menyifatkan penubuhan DEIG sebagai ‘ada udang di sebalik batu’ Irmohizam turut meminta Mohamed Azmin mendedahkan nama dua individu yang menjadi pemegang saham DEIG dan bebas menguruskan aset milik rakyat Selangor itu.
“DEIG dalam konteks ini diberi kuasa mutlak yang boleh mengu­ruskan semua anak syarikat di bawah MBI tanpa ada semak dan imbang yang seterusnya dapat menyebabkan masalah ketelusan dan akauntabiliti.
“Saya juga khuatir DIEG ini adalah cubaan untuk dijadikan sebagai saluran mendapatkan sumbangan politik, maka sengaja ditetapkan supaya tiada mekanisme audit yang sewajarnya untuk melakukan audit syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas mengenai kekecohan dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor apabila bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan DEIG bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya.
Abdul Khalid mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.
Mengulas lanjut, Irmohizam turut mempersoalkan apa rasional­nya DEIG perlu didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menstruktur anak-anak syarikat kerajaan negeri sedangkan perkara itu boleh dilakukan MBI.
Tambahnya, satu undang-undang perlu ada untuk mengawal DEIG kerana syarikat berkenaan akan mengawal operasi dan me­ngurus aset rakyat Selangor yang bernilai RM6.3 bilion.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menyiasat akaun syarikat itu kerana penubuhannya menimbulkan pelbagai persoalan dan pertuduhan serius.
“Jika Menteri Besar tidak setuju dengan cadangan yang diberikan oleh semua pihak dan terus mempertahankan pendiriannya berkaitan penubuhan entiti ini, maka sudah pasti ‘ada udang di sebalik batu’ yang rakyat sendiri akan dapat menilainya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.