`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 28, 2015

Allahuma Solli Alaikum

Image result for orang melayu

I received this comment:

SAA,

Maaf off topic,

Tuan selalu menulis Melayu akan jadi miskin dulu jika ekonomi negara merudum. Skrg saya lihat di tempat saya tggl (99.9% Melayu) dh semakin ramai bukak gerai, meja, payung, kanopi utk berniaga. Byk yg pakai kereta2 baru spt myvi, viva, alza, exora dan saga. Tengok no. plat kereta saya boleh agak kereta ini mereka beli 3-4 tahun lepas. Ada yg berniaga nasi lemak (3 gerai), nasi kukus (2 gerai), jagung rebus, wafel, burger (2 gerai), yong tau fu dan mcm2. Sebelum GST saya ingat ada dalam 4 gerai sahaja tp lepas GST dan raya puasa dah bercambah jadi sehingga 17 gerai. Ramai yg berniaga ini ialah orang muda dan memakai kereta baru. Saya agak la, kemungkinan mereka dulu bekerja tapi sekrang diberhentikan oleh majikan.

Saya tinggal di rumah jenis apartment 3 bilik (saya beli) dan saya perhatikan semakin ramai penyewa di blok saya pindah secara senyap2 di waktu malam kerana tak mampu bayar sewa. Saya tak tipu kerana saya dah 3 kali terserempak orang pindahkan barang2 pada waktu tgh malam bermula dr raya lepas. Ada yg lari dgn bawak 4 orang anak buatkan saya sedih melihat ada insan yg tak mampu berdepan dgn beban kewangan. Itu baru 3 mungkin ada ramai lagi yang saya tak pernah nampak. Pihak pengurusan rumah di sini juga memaparkan senarai unit rumah yg tidak membayar bil utiliti di lobi lif. Tuan nak tahu berapa byk rumah tak bayar bil? Saya kira ada 57. Satu blok apartment saya ini ada lebih kurang 200 unit. Fikirkan 1/4 tak mampu bayar bil air, api, maintenance dan sewa parking. Betul apa tuan cakap GST, rasuah dan pengurusan ekonomi tak cekap menyebabkan semakin ramai rakyat terseksa lebih-lebih lagi orang Melayu. Saya bukan jenis manusia kejam tp tengok kezaliman pemerintah yg tak mahu bertanggungjawab dan terus berfoya-foya tak mahu menerima hakikat masalah rakyat, saya berdoa agar mereka dihukum oleh Tuhan dengan cara paling dahsyat di dunia akhirat.

Friday, August 28, 2015 7:26:00 PM


Allahuma Solli Alaikum. 
Allahuma Solli Alaikum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.