`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 1, 2015

Siapa 3 MB, Kedah, Pahang & Perak Yang Baru?


KL: Terbaru dilaporkan dua orang Menteri Besar dijangka bakal digugurkan bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut portal pro-UMNO, myKMU dua menteri besar yang bakal digugurkan itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). 

Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. 

MB Kedah

Tempat Mukhriz dijangka bakal digantikan dengan Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang merupakan ADUN sejak 1999.  Ahmad di anggap sebagai arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu namun atas desakan Tun Dr. Mahathir Mohamad jawatan tersebut diberikan kepada Mukhriz atas alasan untuk menarik sokongan orang muda. 

Menurut portal tersebut hubungan Mukhriz dengan istana Kedah turut dikatakan tidak sehaluan. Selain daripada itu dua nama lain yang turut dipertimbangkan untuk jawatan tersebut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar. 

MB Pahang

Manakala di Pahang, Perdana Menteri dikatakan bakal melantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin sebagai Menteri Besar yang baharu. 

Selain daripada itu Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong juga antara yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan tersebut. 

Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi 

MB Perak

Sementara itu, beberapa blog politik sebelum ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir antara yang disebut akan digugurkan.Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu. (Stv/FMT/IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.