`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 22, 2015

Papagomo Beruk, Kata Ketua Polis Negara


Perbualan kedua yang dimuat naik oleh facebook Papagomo Original


SHAH ALAM, 22 Julai: "Beruk". Itulah gelaran yang diberikan oleh  Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada individu yang mengendalikan page Papagomo Original.

Khalid memberikan gelaran itu semasa mengulas beberapa posting yang dibuat oleh Facebook "Papagomo Original" yang memuat naik dua keping 'screenshot' perbualan Whatsapp yang didakwa antara Papagomo dan KPN.

Di dalam screenshot terbabit, KPN dikatakan meminta rasuah sebanyak RM20,000 dari Papagomo yang ditahan berikutan menyebar berita palsu insiden Low Yat baru-baru ini.

Bagaimanapun, KPN menafikan dakwaan itu sekeras-keransya dan memanggil 'Papagomo' itu beruk.

“Saya tak pernah WhatsApp dengan individu ini, beruk ini.

“Peguamnya membuat laporan mendakwa laman Facebook yang memaparkan ‘screenshot’ ‘perbualan kami’, bukan akaun Papagomo,” katanya dalam sidang akhbar di i-City, Shah Alam memetik laporan dari TheRakyatPost.

Screenshot itu memaparkan Papagomo meminta untuk berunding jumlah berapa yang perlu dibayar untuk menyelesaikan kes "Lowyat" itu.

Bagaimanapun, admin page Papagomo original telah pun memadam screenshot terbabit.


Status yang telah dipadam oleh page Papagomo Original.

Sebelum ini, Papagomo telah ditahan polis setelah menyebarkan satu gambar palsu mengenai pergaduhan Lowyat. 

-Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.