`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 2, 2015

Menteri Kewangan ada hands on control keatas ekonomi, tapi memerlukan penarafan Fitch?



Menteri kewangan bercakap macam pak sontoloyo; diahands on mengawal ekonomi Malaysia, tapi memerlukan penarafan Fitch untuk menerangkan kepada rakyat, ekonomi kita sihat. Apa punya menteri kewangan ini.

Ini bererti kalau dia beritahu sendiri, sebagai orang yang mengurus ekonomi Malaysia, rakyat tidak percaya. Memang pun. 
Siapa mahu percaya dengan orang yang berpakat dan berwhatsapp hari2 dengan Jho Low yang mendedahkan negara kita kepada bencana ekonomi?

Bayangkan negara Greece baru default USD 1.7 billion dengan IMF, ekonomi nya sudah hancur. Negara kita ada tanggungan lebih dari itu dan para pemimpin UMNO yang buta economics dan Finance kata ok. Memang dalam PRU14, UMNO akan nahas.

Kita akan pergi on the ground becakap mengenai isiu 1MDB, MRT, LRT ampang yang diberi kepada George Kent, FGV, KWAP, EPF, Sime Darby, MARA dan banyak lagi. Bahkan pembelian asset oleh Tabung Haji. 
Orang sudah tidak hendak dengar isiu bangsa Melayu dalam bahaya, agama bangsa Melayu dalam bahaya dan Raja bangsa Melayu dalam bahaya. Ini cerita basi. 

Ratings agencies ini, 99% dari prognosis nya salah. Dr Mahathir dahulu tak pernah ambil kisah mengenai ratings agency ini. Kalau kita bayar lebih dan bawa pegawai2nya enjoy sana sini- bagus lah lapuran nya. Kenapa kita mahu tipu diri sendiri? Tapi Najib suka dengar hype nya sendiri. 

Secara praktikal- janganlah kita ini bersandar sangat kepada fitch atau Moodys’ atau Standard and Poor’s. Ini the big 3. Mereka telah buat kesilapan besar dalam tahun2 kebelakangan ini. 
Ejensi penarafan kata bon2 pembelian rumah di USA bagus, tapi ia menyebabkan banyak bank besar2 dan institusi pinjaman perumahan di Amerika bungkus. Bencana tersebut dinamakan Subprime Mortgages debacle.  Congress akhir nya terpaksa bail out.

Ajensi penarafan kata ENRON bagus, kemudian ternyata penarafan mereka bohong dan ENRON lingkup. Ratings agency juga yang kata jangan risau mengenai ekonomi Greece, sekarang Greece berada dalam malapetaka ekonomi.

Jadi saya tanya Najib Tun Razak- apalah besar nya penarafan oleh Fitch ini? Menteri ada hands on control over the economy- lebih faham dari Mat salih yang datang sebentar ke negara kita.

Beberapa tahun lalu, seorang pegawai tinggi perbendaharaan mempersetankan Fitch. Sekarang analisa Fitch dianggap bagus? Konsisten lah sikit menteri kewangan.

Saya lihat bukan main lagi akhbar Star menyenaraikan indikator pemulihan ekonomi kita. Ekonomi berkembang antara kadar purata 4-5.8% , tapi di parlimen angka yang benar ialah secara purata ekonomi berkembang pada kadar purata 4-5%. Perhatikan deficit kita- ianya sekitar 4% secara purata. Apa yang diberitahu kepada kita?

Pemberitahuan nya ialah, kemampuan kita untuk membayar hutang negara berada dalam keadaan yang mencemaskan. Rule of thumb ialah melihat pertatusan defisit dan bandingkan dengan peratusan pertumbuhan ekonomi. Spread yang kecil antara nya, menandakan kemampuan bayar balik hutang sangat mencemaskan.

Penarafan Fitch tidak memberitahu kita apa2 pun mengenai kesempitan hidup yang dirasai oleh rakyat. Ia tidak memberitahu apa2 mengenai kos kehidupan yang meninggi; kekurangan perumahan mampu milik, perkerjaan yang diambil alih oleh pendatang yang menyebabkan pengangguran kepada anak bangsa kita. Ia tidak menerangkan apa2 mengenai salah laku keatas skendel kewangan dan rasuah. Ia tidak memberitau kita apa2 mengenai kos perubatan yang meninggi bukan disebabkan pertambahan khidmat perubatan tapi disebabkan kos ubat yang tinggi.

Hey..hey…ia tidak memberitahu apa2 pun tentang kelembapan PM menangani isiu semasa. Jangan guna Fitch Rating yang sedikit masa dahulu dikatakan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan- firma yang tak tahu apa mereka cakap untuk menepuk belakang sendiri. Sekarang bila Fitch Ratings beri sedikit komen baik- wah ejensi penarafan Fitch terbaik. Inilah lojik pemimpin UMNO yang buta economics dan finance.

Jadi yang PM dan Ahmad Maslan dan pemimpin UMNO yang buta economics dan finance nak tipu rakyat apa hal? Ejensi Fitch hanya memberi perakuan melalui penarafan nya keatas kemampuan Malaysia membayar hutang dalam masa yang di tetapkan. Itu pun bukan nya AAA.

Ertinya mungkin ada kelewatan sikit2- maklum sahajalah hendak mencairkan asset bukan nya mudah. Kerajaan Najib telah mengering kontangkan perbendaharaan. Kerajaan Najib tidak ada duit. 
Tanah yang TH beli yang dikatakan jadi buruan orang yang sedang beratur hendak beli- tidak pun dijual lagi. Dan bila kita sesak hendak jual asset kita, orang akan hanya beli pada harga yang lebih rendah. Hasil jualan ini akan hanya membayar sebahagian daripada hutang dan tanggungan kerajaan.

Apa yang ejensi penarafan seperti Fitch buat? Ajensi penarafan ialah sebuah firma yang menilai kebolehan pemiutang membayar semula hutang dalam masa yang ditetapkan dan kebarangakalian mungkir janji.
1MDB misalnya ada lewat beberapa kali bayar hutang bank tapi dibantu oleh perwira putih disaat akhir. Mungkin stunt 11th hour ini yang menyebabkan Fitch kata Malaysia resourceful bayar hutang.

Ekonomi Malaysia dalam bahaya dan Fitch atau tidak Fitch, Najib masih kena jawab- kemana duit berbillion 1MDB itu pergi? Jawab jangan tak jawab. Saya diberitahu bahawa Najib enggan ke parlimen untuk terangkan 1MDB sebab dia mengaku dia tidak dapat menerangkan nya. 
Walaupun Najib mengarahkan Nor Mohamad Yaakob bantu menyelsaikan masaalah ini, bolehkah Nor Mohamad atau mana2 individu yang sudah dijaringi Jho Low menyelesaikan masaalah 1MDB?
1MDB ini akan menjadi tali gantung Najib. 

PS: kelajuan internet di Raub sedikit perlahan. harap maaf.

1 comment:

  1. Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
      dalam akaun bank anda
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    * Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
     Dapatkan Kelulusan dalam 10 min.just hubungi kami di
     E-mel homeofequity@gmail.com

    PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
    ================================
    Nama: ...................
    Nama kedua: ..................
    Hubungi Alamat: .................
    Negara: ...................
    Umur: ..........................
    Jantina: ....................
    Nombor Telefon: ..............
    Status: .................
    Pendudukan: ...............
    kedudukan: .................
    pendapatan bulanan: ..............
    Jumlah Pinjaman: .................
    Tujuan Pinjaman: ...............
    jangka masa: ....................
    Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
    anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
    sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada:

    E-mel homeofequity@gmail.com


    Yang ikhlas,
    Nicholas Payne
    C.E.O Modal Ekuiti

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.