`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 14, 2015

Keluarga Anwar kata, beliau belum sihat, tapi dikeluarkan dari HKL kerana wad penuh

Keluarga Anwar mendakwa beliau dihantar semula ke Penjara Sungai Buloh dalam keadaan tergesa-gesa walaupun belum sihat sepenuhnya.
Dr.-Afif-Bahardin2
PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan rawatan kesihatan yang diberikan kerajaan kepada Ketua Umum PKR itu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, Anwar telah dibawa keluar secara tergesa-gesa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 Julai lalu sedangkan beliau masih belum bersedia sepenuhnya.

Katanya, Anwar masih memerlukan rawatan berterusan serta siasatan lanjut bagi memastikan beliau benar-benar sihat sejak beliau dimasukan ke HKL pada 7 Julai.
“Pasukan doktor pakar telah memaklumkan kepada keluarga Anwar bahawa alasan untuk menghantar beliau semula ke Penjara Sungai Buloh adalah atas alasan kesukaran logistik kakitangan dan kepadatan wad akibat denggi.

“Malangnya pasukan ini gagal untuk meyakinkan keluarga bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim benar – benar bersedia secara fizikal untuk di hantar semula ke Penjara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Afif berkata, dia dimaklumkan bahawa Anwar perlu manjalani rawatan fisioterapi yang interakif serta pemantauan berterusan sehingga satu diagnosa dikenal pasti.

Sehubungan itu, katanya, AMK menggesa supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan Datuk Dr S. Subramanium untuk bertindak bagi memastikan Anwar mendapat rawatan kesihatan yang profesional sehingga beliau benar-benar sembuh.

“Kami juga menggesa agar ketua kepada pasukan doktor pakar ini, Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, diganti bagi mengelakkan persepsi dan kesangsian terhadap tahap profesionalisme beliau memandangkan penglibatan beliau sebelum ini di dalam kes Fitnah Liwat II dan beberapa organisasi tertentu,” katanya
FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.