`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 8, 2015

Kebakaran tercetus di Masjidil Haram, 5 orang cedera ringan



MAKKAH: Lima orang cedera ringan akibat satu kebakaran kecil di Masjidil Haram.
Kebakaran yang tercetus sekitar 2 pagi dini hari tadi (7 Julai) berlaku di bahagian bumbung masjid, dekat dengan kawasan sai.
Siasatan menunjukkan kebakaran berpunca daripada litar pintas akibat palang-palang besi yang menindih kabel-kabel yang menghubungkan kamera di dalam masjid.
Mujur api dapat dipadamkan oleh para anggota keselamatan di dalam masjid.
Menurut jurucakap pasukan keselamatan Masjidil Haram, tapak kebakaran seluas 45 meter persegi itu terletak di kawasan masjid yang sedang menjalani kerja-kerja peningkatan dan agak jauh daripada para jemaah yang sedang melakukan sai ataupun tawaf.
Pihak kami difahamkan terdapat sekitar 300 jemaah Singapura yang sedang mengerjakan ibadah umrah di sana.
Lima orang yang cedera dalam kebakaran ini termasuk seorang anggota pertahanan awam, seorang anggota keselamatan dan tiga pekerja binaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.