`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 3, 2015

ISU PANAS TUDM BUTTERWORTH - BAHAYA SEMAKIN MENGHAMPIRI!

Cakap banyak pun tak guna, korang baca petikan daari Peraak Today kat bawah n:

BUTTERWORTH: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth dekat Pulau Pinang berada dikedudukan yang terdedah kepada ancaman keselamatan. 

Memetik laporan yang dibuat oleh New Straits Times (NST), pangkalan tersebut dilihat tidak lagi selamat digunakan untuk tujuan ketenteraan berikutan terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh menjejaskan keselamatannya. 

Antara faktor yang menjadi punca pangkalan tersebut kurang selamat adalah kedudukan pangkalan yang berhampiran dengan beberapa pembangunan perumahan di sekitar kawasan tersebut. 

Tinjauan yang dilakukan oleh NST di lokasi berkenaan mendapati terdapat pembangunan rumah yang terdapat di pinggir salah satu kawasan ketenteraan terpenting di negara ini yang meletakkan keselamatan pangkalan tersebut berdepan dengan risiko pada tahap serius. 

Terdapat rumah yang dibina hanya seinci jaraknya daripada struktur dinding yang dibina di pangkalan tersebut. 

Selain itu, pembinaan rumah bertingkat yang berada bertentangan dengan landasan tersebut memberikan satu pemandangan yang jelas dan tidak terhalang termasuklah di tempat penyimpanan senjata serta landasan dimana pesawat berlepas dan mendarat. 

Sebahagian kawasan di hujung landasan juga telah dibangunkan kawasan perumahan setinggan yang mana dalam pada masa yang sama, terdapat lampu landasan tersebut terletak benar-benar di belakang rumah berkenaan. 

Difahamkan, tanah yang telah diceroboh dan lampu berkenaan merupakan tanah milik TUDM sendiri yang mana lampu tersebut berfungsi untuk membolehkan juruterbang melihat landasan dan menyelaras pesawat terutamanya pada jarak penglihatan yang terbatas. 

Menurut laporan itu lagi, terdapat sumber dalaman TUDM yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai pencerobohan yang dilakukan berkenaan yang mana ianya dilihat mampu menjejaskan keselamatan operasi disamping boleh mendedahkan nyawa mereka dalam bahaya. 

“Bangunan-bangunan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada pasukan tentera,” kata seorang juruterbang yang mahu dikenali sebagai “Poohbear”. 

Selain itu, beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai pangkalan berkenaan yang sering menjadi tumpuan untuk melakukan latihan besar-besaran yang turut dihadiri oleh angkatan tentera dari luar negara. 

Pembangunan yang tidak dibendung di pinggir pangkalan udara itu juga dikatakan telah melanggar peraturan-peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mana ianya telah menggariskan berkenaan zon keselamatan. 

Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang merupakan pihak berkuasa tempatan yang mempunyai bidang kuasa ke atas pembangunan di kawasan berkenaan dilihat tidak mahu mengambil perhatian terhadap isu tersebut. 

Namun, mereka mempunyai alasan tersendiri yang mana pihaknya bukan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab terhadap cadangan pembinaan struktur sekitar pengkalan udara berkenaan yang menimbulkan ancaman serius kepadanya. 

Pengerusinya, Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata, ia berikutan tiada pihak yang menyuarakan berkenaan kebimbangan terhadap projek berkenaan semasa mesyuarat program dwi-bulanan Pusat Sehenti dilakukan. 

“Ia akan menjadi tidak adil untuk menyalahkan pihak kami kerana terdapat banyak pihak termasuk dari tentera udara itu sendiri, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan tersebut. 

“Terdapat 22 orang yang duduk dalam mesyuarat, termasuk pakar-pakar daripada Jabatan Teknikal dan Perancangan, jurutera, Jabatan Kerja Awam dan TUDM sendiri. 

“Projek-projek (sekitar pangkalan udara) akan dirujuk kepada TUDM dan mereka mempunyai peluang untuk membuat bantahan sebelum ianya diberikan kelulusan… Jika perlu sebarang pengubahsuaian, pemaju akan dimaklumkan,” kata Maimunah, yang juga pengerusi jawatankuasa yang memberi kelulusan, memetik laporan daripada NST. 

Beliau berkata pihak Majlis tidak pernah mendengar apa-apa kebimbangan yang berkaitan dengan bangunan tinggi di kawasan itu semasa mesyuarat diadakan. 

Ujarnya, pembangunan perumahan sekitar pangkalan udara itu telah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. 

“Sudah tentu pihak berkuasa tempatan adalah badan yang meluluskan, tetapi semua pihak terlibat tanggungjawab terhadap perkara berkenaan… Jadi jika apa-apa berlaku, adalah tidak adil untuk menyalahkan pihak Majlis semata-mata,” katanya lagi. 

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Tan Sri Roslan Saad menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Maimunah dengan menyatakan bahawa pihak TUDM telah berulang kali menyuarakan bantahannya terhadap Majlis dan Kerajaan Negeri. 

“Pangkalan ini telah berada di sana selama beberapa dekad dan struktur telah dibina di sekitarnya selama ini. Pangkalan udara ini memerlukan zon penampan,” katanya. 

Difahamkan bahawa, TUDM tidak menolak idea untuk memindahkan pangkalan berkenaan ke satu lokasi yang ditetapkan di Ara Kuda, namun lebih 10 syarat akan disenaraikan sekiranya ianya berlaku. 

Ini termasuk penyelarasan semula kabel elektrik yang melalui kawasan utara pangkalan baru yang boleh mengganggu operasi penempatan pesawat. 

Beberapa bukit di kawasan tersebut, iaitu Bukit Batu dan Bukit Seraya, juga perlu diturunkan ke tahap yang selamat untuk pesawat mendarat. 

Selain itu, sebelum pemindahan dilakukan, TUDM mahu satu aku janji daripada pihak berkuasa tempatan untuk mengawal radius 15 kilometer di kawasan tersebut untuk membendung pembangunan baru dengan mematuhi keperluan ICAO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.