`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 8, 2015

Hangat!!! Media Antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) Tuduh Najib Terima RM2.6 Bilion : Apakah PM Haji Najib Akan Mengaku? Jom Terjah!!!

LKS_forum
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Media antarabangsa Wall Street Journal telah menuduh Datuk Seri Najib Razak menerima wang hampir RM2.6 bilion (USD700 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi beliau sejurus sebelum pilihanraya umum 2013. Mengapa Najib tidak boleh katakan “ya” atau “tidak” terhadap dakwaan tersebut?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung penafian Najib yang dilaporkan oleh media arus perdana tentang laporan WSJ yang bertajuk “Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader’s Accounts Amid 1MDB Probe” edisi 2 Julai 2015.
Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri menafikan laporan WSJ, beliau tidak pula menafikan sama ada beliau telah menerima wang yang disebut itu yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Najib dalam respons terhadap laporan berita WSJ melalui facebook beliau menjelaskan: “Saya ingin menyatakan secara jelas: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti disahkan sendiri oleh syarikat-syarikat ini.”
Kit Siang mempersoalkan pula, apa yang sebenarnya dinafikan oleh Najib.
“Adakah Najib menafikan dua kemasukan wang, iaitu USD620 juta dan USD61 juta, ke dalam akaun bank peribadinya pada Mac 2013, atau beliau mengakui bahawa memang ada wang yang masuk tetapi beliau sendiri tidak pernah mengambilnya untuk kepentingan peribadi – walau apa pun yang beliau maksudkan sebagai kepentingan peribadi?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, beliau telah mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Najib mengambil cuti berikutan laporan WSJ tersebut untuk membolehkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga tokoh negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Musa Hitam, untuk menentukan sama ada Najib patut kembali sebagai Perdana Menteri selepas bercuti setelah isu tersebut disiasat.
“Nampaknya Muhyiddin tidak ada keberanian politik untuk meminta Najib pergi bercuti sementara isu disiasat,” tambah beliau.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu,walau apa pun keadaannya, Muhyiddin dan Kabinet perlu bertindak segera dengan mengadakan mesyuarat tergempar Parlimen minggu depan.
Katanya, mesyuarat itu penting bagi membolehkan undi diadakan untuk menentukan keyakinan kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Jika Najib gagal mendapat undi percaya dalam mesyuarat tergempar itu, beliau sepatutnya dengan penuh hormat meletak jawatan sebagai Perdana Menteri,” tambah beliau. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.