`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 29, 2015

‘Fact Sheet’ 1MDB untuk Jemaah Menteri tidak komprehensif, kata Muhyiddin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. Muhyiddin berkata penjelasan berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diperolehi Jemaah Menteri melalui satu 'fact sheet', tidak komprehensif dan terlalu ringkas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Julai, 2015.Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. Muhyiddin berkata penjelasan berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diperolehi Jemaah Menteri melalui satu 'fact sheet', tidak komprehensif dan terlalu ringkas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Julai, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diperolehi Jemaah Menteri melalui satu 'fact sheet', tidak komprehensif dan terlalu ringkas.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kandungan penjelasan fakta yang diberikan juga tidak memadai memandangkan isu membabitkan syarikat pelaburan strategik negara itu adalah perkara besar.
"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif, dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
"Sebagai ahli parti dan waktu itu saya ahli jemaah menteri, saya punyai tanggungjawab, amanah, yang harus saya pikul sebaik-baiknya," kata Muhyiddin merujuk gesaannya sebelum ini berhubung siasatan terhadap 1MDB yang dilihat punca beliau digugurkan dari Kabinet.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.