`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 2, 2015

Video: Ibu Bapa Cuai, Bayi Nyaris Mati Terkurung Dalam Kereta



GARA-GARA kecuaian sepasang suami isteri, seorang bayi nyaris menemui ajal apabila ditinggalkan di dalam kereta bersendirian di tepi jalan di Seksyen 9, Shah Alam, pada Isnin.

Video berdurasi 1.40 saat ini memaparkan detik-detik cemas orang ramai menyelamatkan bayi berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagain hadapan kereta Perodua Myvi berwarna putih.

Melalui video, kedengaran suara orang ramai mengatakan bayi tersebut sudah berpeluh dan pucat kerana ditinggalkan dalam kereta yang enjinnya dimatikan dan tingkap bertutup rapat.

Maka orang awam yang berada di lokasi terpaksa memecahkan tingkap sebelah kanan bahagian belakang kereta berkenaan untuk membuka pintu.

Sebelum itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh orang ramai yang berada di situ untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang usianya dijangka sekitar setahun.

Tindakan memecahkan cermin kereta merupakan langkah terakhir setelah pelbagai usaha termasuk mengumpil pintu, menemui kegagalan.

Bagaimanapun, sehingga bayi itu berjaya dikeluarkan, kelibat ibu bapa atau penjaga bayi itu tidak juga kelihatan.

Rata-rata pengguna Facebook yang melihat video tersebut menyifatkan kedua ibu bapa kepada bayi tersebut amat tidak bertanggungjawab.

Hmm bukan niat nak memaki atau menghina sebenarnya tapi itulah.. tak peka dan tak ambil berat pasal nyawa anak-anak.

Sudah banyak berlaku kes macam ni tapi masih ada yang sambil lewa juga.

Apa-apa pun semoga semua dapat iktibar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.