`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 21, 2015

UMNO Berkempen Untuk Ulama Semasa Muktamar PAS


Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu

Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.

ULASAN GB

Jadi hairankah kita dengan kemenangan kumpulan ulamak apabila mereka terang-terang mendapat sokongan dari media UMNO...

Tak cukup dengan "papagomo-papagomo versi PAS" seperti El-Haraki, TUC, Keli Laut, Albangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain yang menggunakan media baru sebagai bahan untuk memfitnah, mencaci, memaki dengan segala macam label seperti JEBON, Anwarinas, Liberal dan sebagainya kepada golongan progresif, mereka turut dibantu oleh media-media UMNO untuk turut sama menghentam kumpulan profeional dan meenyebelahi ulama.

UMNO terpaksa berpaut kepada ulama PAS untuk survival mereka. Beitulah sebaliknya, PAS (pro-ulama) terpaksa bergantung kepada UMNO sehingga Presiden PAS menyatakan UMNO tidak seburuk Firaun.

Dan ianya terbukti apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengeluarkan kenyataan: "Inilah masa terbaik untuk UMNO dan PAS bersatu!"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.