`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 28, 2015

Pengurus Johor Premium Outlet Tak Benarkan Pekerja Solat ?

Ni lebih kepada celaka. Taula ko tu terlebih banyak baca pasal laws. Setakat pergi sembahyang tak sampai 5 minit. Menjejas teruk ke perniagaan JPO tu. Ke sales rugi juta-juta. Bangkai punya pengurus. Memang tak dinafikan ada pekerja yang curi tulang dalam musalla or masjid. Bila bagi time untuk solat, ada pulak yang duk tidur. Kalau sembang tu, dalam outlet pun boleh sembang kan.
Seorang pekerja di Johor Premiun Outlet (JPO), Johor Bharu yang bekerja dengan sebuah butik yang berjenama antarabangsa British mendakwa pengurusnya tidak membenarkannya untuk menunaikan solat fardhu.
Pegawai jualan yang berusia 29 tahun menceritakan dalam kejadian 22 Jun lalu, pengurusnya, hanya membenarkan dia menunaikan solat sehari sekali sahaja.
“Manager cakap, kami tidak boleh pergi sembahyang waktu kerja. Kalau mahu pergi, hanya waktu rehat sahaja. Jadi, waktu rehat hanya satu jam sahaja dan hanya dapat menunaikan solat Zohor.
“Tetapi, solat Asar dan Maghrib tidak boleh. Saya dah pening,”
Pada masa sama, dia turut mendedahkan menerusi rakaman suara yang dihantar oleh pengurusnya di dalam ‘group whatsapp’ syarikatnya.(FMT)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.