`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 10, 2015

MENJAWAB ISU KENA SAMAN KERANA KESALAHAN NOMBOR PLAT KERETA ADA STICKER.





Kecuh mengenai seorang pemandu kereta tidak berpuas hati kerana kena saman oleh seorang anggota polis trafik atas kesalahan nombor plat keretanya ada sticker Bagi pencerahan dan kebenaran maka elok dikisahkan dengan fakta tentang tindakan anggota polis Trafik berkenaan sama ada menyalahi peruntukkan undang-undang atau sebaliknya .. 

Berikut diperturunkan beberapa seksyen kesalahan yang dilakukan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 

Seksyen 14. (1) Nombor pendaftaran yang diuntukkan bagi sesuatu kenderaan motor apabila didaftarkan, atau sesuatu nombor pendaftaran baru yangdiuntukkan di bawah seksyen 11 hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya. diperagakan dan disuaikan pada kenderaan motor itu mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini. (i) Tiada apa-apa angka atau huruf lain dan (ii) tiada apa-apa reka bentuk, perhiasan, lekapan atau tambahan boleh diletakkan pada sesuatu kenderaan motor pada mana-mana tempat atau dengan apa-apa cara (a) hingga mungkin mengelirukan atau memperdayakan; atau (b) hingga menyebabkan lebih sukar untuk dibaca atau dicamkan nombornya itu semasa kenderaan itu sedang bergerak. 

Seksyen 14(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini. huruf-huruf atau angka-angka yang diletakkan pada suatu kenderaan motor hendaklah disifatkan sebagai mungkin mengelirukan atau memperdayakan jika, pada pandangan atau bentuk kadarnya, huruf-huruf atau angka-angka itu lebih kurang sama sahaja dengan nombor pendaftaran yang ditetapkan itu atau boleh disilapkan sebagai huruf atau angka itu atau ia mengelirukan mana-mana pengguna jalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.