`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 9, 2015

Malapetaka Bagi PAS Apabila Ulama Buta Undang-undang


Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

“Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata. -mk


PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan PAS perlu keluar Pakatan demi ‘mempertahankan jati diri’ parti berkenaan.

Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.

Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.

Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip,” katanya.

Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.

“Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian mereka seperti yang dijelmakan dalam muktamar lalu dan masih mahu terus bersama Pakatan mereka pasti akan ditertawakan.

“Maka satu satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru wajar berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan keluar daripada Pakatan secara hormat,” jelas Hanipa lagi.



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.

Berdasarkan kenyataan dua orang peguam di atas, Asmuni dan Hanipa, muktamar perlu diadakan semula jika mahu usul itu ditarik balik atau jika hendak diubah.

Dan jika MSU dan AJK PAS Pusat membuat U-Turn menterbalikkan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU dan AJK PAS Pusat boleh diheret di mahkamah kerana ia ultra vires. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Peranan mereka ialah melaksanakan usul yang telah diluluskan oleh Muktamar. Jika MSU berpendapat ia melibatkan soal pentafsiran hukum yang memberi kuasa MSU melakukannnya, maka ia hanyalah untuk makluman "pembawa usul" berkenaan. Dan jika hendak di terbalikkan usul itu, dari sudut pertubuhan dan perundangan, muktamar perlu diadakan semula.

Demikianlah episod untuk ketika ini. Kita tunggu dan lihat apa berlaku jadi esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.