`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 7, 2015

'Lanun Rampas Kapal Tangki Minyak Malaysia', Perairan Malaysia Bocor !



[mstar]- Sebuah kapal tangki minyak dari Malaysia dirampas di luar pesisir pantai timur. 

Menurut laporan Dewan Perdagangan Antarabangsa (ICC), sekumpulan lelaki bersenjata menawan kapal tersebut di 14 kilometer barat daya Pulau Aur berhampiran Mersing pada Khamis. 

"Mereka membawa bersama semua krew sebagai tebusan, mengubah perjalanan kapal dan memindahkan minyak dari kapal tersebut," menurut laporan itu. 

Sebelum meninggalkan kapal tersebut, sekumpulan lanun itu mencuri barang yang terdapat di dalam kapal dan juga milik krew serta  merosakkan radio di kapal berkenaan. 

Kapal tersebut kemudiannya berlayar ke pelabuhan yang selamat. 

Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan rampasan kapal yang disahkan sebagai Orkim Victory. 

"Kapal tersebut selamat tiba di Kuantan kira-kira pukul 7 malam Khamis, kata Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) Maritim, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin kepada The Star. 

Hamid berkata 18 krew kapal tersebut berada dalam keadaan selamat dan sekumpulan lanun itu melarikan diri ke Pulau Matek di Kepulauan Anambas di Indonesia. 

Malah, pengawal pantai Indonesia turut dimaklumkan mengenai rampasan kapal itu, APMM sedang menyiasat kes tersebut. 

Portal berita IHS Maritime 360 dipetik sebagai berkata, kapal tersebut dalam perjalanan dari Sungai Udang di Melaka ke Kuantan sebelum dirampas. 

Menurut laporan ICC pada 21 April lalu, lebih separuh daripada kejadian lanun dan rompakan bersenjata berlaku antara Januari dan Mac di perairan Asean.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.