`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 12, 2015

Kuasa Politik dan Penentuan Agihan Kekayaan

Image result for 11 Malaysia plan

Dalam ucapan saya mengenai RMK11, saya memberitahu mengenai kecenderungan RMK11  ini mengukuhkan kepentingan T20 atau top 20%. 
Kita bercakap mengenai perancangan kita untuk golongan B40, untuk penduduk luar bandar dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera- tapi tidak bersuara tentang golongan T20.

Bagaimana meraka menjadi T20? Apa yang mereka buat? Dalam bidang apa mereka berkecimpong? Adakah mereka berkerja lebih kuat dari golongan B40? Bagaimana dasar kerajaan keatas golonngan tersebut? Rejim cukai keatas mereka?

Saya rasa, kalau kita hendak re-set atau reboot ekonomi kita, kita mesti lakukan perkara2 berikut antara nya. Pertama, kepimpinan negara mesti memuliakan prinsip pertanggungjawaban kepada rakyat. Kedua, mereka mesti get rid mentality trickledown economics. Ketiga, mereka mesti memusnahkan segala bentuk rent seeking.Kita akan huraikan perkara ini satu persatu.

Penyebab utama kesenjangan kekayaan ialah rent seeking. Yakni setengah orang menjadi kaya kerana mempunyai hak milik keatas sesuatu kelebihan. Pemilik tanah misalnya, mendapat pulangan kerana mempunyai hak milik keatas tanah tersebut. Tanpa melakukan apa2 usaha atau proses produksi, kerana hak milik tersebut mereka jadi kaya.

Sebagai contoh; pemilik tanah ditepi projek awam seperti LRT, MRT dan jalan2 raya. Ini semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan. Apakah pemilik tanah lakukan untuk menaikkan nilai tanah mereka dan kemudan membina perumahan dan bagunan berjuta Ringgit? Mereka tidak lakukan apa2 tapi kerana mereka pemlik tanah berhampiran, mengambil kesempatan dan jadi kaya.

Kalua kerajaan serius misalnya untuk membekalkan perumahan mampu milik, kerajaan mesti dengan segara men-zonkan tanah2 ditepi projek awam. Hadkan harga rumah tidak lebih dari RM1 juta. Yang benar2 kaya boleh duduk jauh sedikit. Yang kurang kaya yang perlu duduk berhampiran jalan, laluan keretapi, laluan MRT, LRT bukan orang kaya. Jika rumah tidak lebih dari RM1 juta sebuah, lebih ramai golongan menengah dapat tinggal berhampiran bandar.

Kalau kita membiarkan kuasa pasaran beroperasi sepenuhnya, maka tuan tanah akan bina rumah RM3-4 juta sebuah. Bukan sahaja  rakyat terbanyak tidak mampu, golongan Bumiputrea bolehlah memberi ciuman berpisah untuk tinggal dalam bandar.

Ini membuktikan bahawa walaupun kuasa pasaran menentukan outcome economy, tapi kuasa pasaran itu sendiri dtentukan oleh dasar politik. Politik yang pro T20 akan membiarkan keadaan sikaya jadi lebih kaya berlaku.

Para pegawai yang menulis buku RMK11 kecewa apabila mendapati tulisan mereka telah ditukar kepada apa yang kita lihat sekarang. Maklumat yang saya dapat, ianya ditukar oleh PEMANDU. RMK11 kita lebih berbentuk majallah Tattler.Ianya akan hanya jadi bahan bualan untuk the chattering class atau the smoked-salmon crowd.

Para penyelidik di EPU mesti bersedia untuk reject Najib dalam PRU14 nanti. Kalau dia tidak menghargai penat lelah EPU, kenapa perlu EPU tertunduk tunduk macam tambi kepada Najib?

Memang benar, outcome ekonomi ditentukan oleh kuasa pasaran dalam system ekonomi pasaran, tapi kuasa pasaran itu pula ditentukan oleh kepentingan politik. Politk dkuasai oleh orang seperti Najib dan geng nya. 

Mungkin pembaca tidak menyukai cara saya describe Najib, tapi realiti nya, kerajaan yang ada sekarang ialah kerajaan gerombolan pencuri. Selagi ada kuasa, harta negara dibalun habis. Bawah meja, atas meja dengan meja meja sekali.

Politik ialah seni mendapat dan mengekalkan kuasa. Hari ini kuasa berada dalam tangan kumpulan pro T20. Ia diketuai oleh pahlawan bugis yang bersembunyi dibelakang orang ramai yang disewa tapi tidak berani masuk gelanggang. Ini pimpinan yang pro feudal dan golongan bangsawan politik dan  ekonomi. Mana mungkin kepentingan B40 diberi keutamaan dalam merangka dasar ekonomi negara?

Jika pimpinan UMNO benar2 membela rakyat terutama orang Melayu, mereka sudah ada 60 tahun berbuat demikian semenjak 1955. Atau paling tidak 45 tahun sejak tahun 1970 bila bermula nya affirmative action. Kita telah Berjaya mengujudkan golongan bangsawan politik dan bisness. Golongan BUmiputera dimana putera elit dan bangsawan berada didepan, bumi ketinggalan dibelakang. Dan yang tertinggal dibelakang diseru bersabar dan besyukur dan menanti lelehan dari kekayaan yang dikecapi terlebih dahulu oleh kumpulan Putera.

Kenapa kedaaan jadi begini? Kerana pendekatan kita ialah menjana kekayaan melalui system orang tengah. System ini pula mengujudkan rentier class- yakni golongan yang dikayakan melalui penggubalan undang2 oleh yang ada kuasa politik.

Dua perkara ini yang melambatkan transformasi ekonomi orang Melayu- pertama keengganan meletakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan orang Melayu dan  kedua, mencipta golongan rentier class yang menjadi akya kerana mempunai hak milik keatas lessen, monopoli, quota, konsesi itu dan ini. 

Dua perkara ini disusahkan lagi dengan minda trickle down economics yang mewarnai pemikiran pemimpin fudal- yakni kemewahan atau nikmat untuk orang bawahan hanya menjadi akibat dari ehsan dan kesian belas menghulurkan lebihan kepada orang bawahan. 

Yang diterima oleh orang bawahan ialah lelehan.Lelehan tidak mampu mengeluarkan rakyat dan orang Melayu dari jerat kemunduran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.