`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 12, 2015

KKM Serbu Rumah, KPDNKK Serbu Peniaga, Netizens Mempersoalkan Tindakan Keterlaluan Kerajaan.

Dua tiga hari neh kecoh tentang beberapa siri serbuan demi serbuan yang dilakukan oleh 3 agensi penguatkuasa seperti ;

1. KASTAM
2. KKM
3. KPDNKK

PDRM dengan OPS wartanya. Sebelum ini. Itupun orang dah marah. Rasa meluat. Sanggup beria untuk paksa orang bayar saman. Konon atas alasan mempertahankan undang2 jalanraya. Pengguna jalanraya perlu patuhi arahan. Taknak bayar saman maka jangan langgar undang2. Tapi hakikatnya pengguna merasakan PDRM sedang mencari 'duit raya'.

Sekarang.

KASTAM dengan serbuan atas alasan GST.
KKM dengan serbuan ke pejabat2 pos sampai buka bungkusan pelanggan apa semua.
KPDNKK pula dengan serbuan ke tapak2 peniaga2 kecil.

Motif.

Peniaga mesti jual barangan ori.
Peniaga online ke tak online ke semua sama je.
Perlu terikat dengan undang2.
Lesen mesti mao ada.
Barangan2 jualan mesti ori.
Tambahan pula, barangan2 jualan ori = mempunyai GST = syarikat2 besar + berjenama.

Cuba baca luahan dua orang peniaga kecil (online) yang terkesan dengan tindakan KASTAM dan KKM ;




Ada yang mempertahankan tindakan KASTAM dan KKM. Kata mereka memang patut KKM periksa dan serbu sebab nak memastikan product ubatan yang dijual kepada pengguna ialah ORIGINAL dan SELAMAT DIGUNA.

Kalau itu tujuannya, aku pun tak kisah.
Tapi caranya perlu dilakukan secara berhemah.
Bukannya buka parcel orang ramai.

Apa yang KKM dan KASTAM boleh buat ialah ;

- Senaraikan peniaga2 online yang dikenali.
- Kemudiannya senaraikan pula barangan yang mereka jual / tawarkan kepada pengguna.
- Dari situ periksa samada product tersebut mematuhi piawaian ataupun tidak.
- Mana2 product yang tidak mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan yang sepatutnya, lakukan hebahan media untuk pengguna menjauhi barangan tersebut.
- Buat iklan di paper, portal internet dan saluran tv serta radio.

Ini cara yang sebetulnya. Bukannya pergi buka orang punya kiriman selepas itu rosakkan dan buat muka slumber badak. Perangai serupa sial. Budaya kerja pun serupa sial.

Otak tue guna lain kali.
Pada kau yang tak meniaga memang tak fikir tentang untung rugi.
Pada orang yang meniaga selain untung mereka kena fikir tentang modal juga.
Apatah lagi jenis peniaga2 kecil.
Untung pun seberapa aje.
Jangan la cakap macam dorang makan riban2 sebulan.

Tak cukup serbu PosLaju.

Rumah orang pun depa hambat. Ini kejadian terkini yang dilaporkan. 

Lihat ;


Oushhh. 

Aku baca pun rasa baran. Takan barang2 yang orang pakai sendiri pun korang rembat kot?

Apa ke namanya tue?

Cukup la peniaga online mengetahui bahawa mereka kini jadi buruan. Khususnya kepada yang menjual ubatan2. Macam aku sebut tadi. Aku takde masalah jika KKM mahu memastikan ubat2an yang dijual adalah selamat dan original. Tetapi cara yang korang gunakan mestilah tidak sampai menindas atau menjejaskan peniaga. Orang kata win-win situation. Peniaga tak teraniaya, kau pula berjaya menjaga hak pengguna.

Selain dari KASTAM dan KKM yang sedang menjalankan kerja-kerja serbuan, KPDNKK turut melakukan kerja2 pemantauan dan rampasan barangan peniaga atas tajuk yang lebih kurang. 

Peniaga kena menjual barangan ori.
Jika tidak ori akan dirampas.
Juga dimaklumkan ada kaitan dengan GST.
Yang tue aku kurang pasti.
Maklumat nak kena godek2 lagi.
Cuma setakat info yang diterima, bukan peniaga2 kecil, uptown, downtown je kena. Peniaga2 kat Petaling Street, kat Chowkit termasuklah pemborong2 dan peniaga2 online. Semua kena raid. Secara berperingkat.

Jujur aku cakap.
KPDNKK neh bodoh.
Bodoh. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Bodoh serupa macam Hasan Malek. Menteri dia.

Yang jual barangan tak ori tue kebanyakkannya peniaga2 kecil.
Market dorang pun orang2 miskin yang takde kemampuan apa sangat.
Kalau nak dipaksakan ke atas kita beli barangan ori maka sampai mati tak merasa la aku beg Birkin. Tengok je Rosmah pakai. Aku pakai plastik je la. Gitu?

KPDNKK pun patut berlapang dada juga.
Jika yang jual barangan cetak rompak dari jenama Adidas kepada Adidos atau Adi'dhas apa la sangat. Ejaan pun dah lain-lain. Orang pun tahu la samada barangan tue ori ke palsu ke apa ke. Kalau nak ori takdenya depa nak masuk ke pasar-pasar malam. Masuk je la terus kedai ADIDAS.

Melainkan syarikat2 besar neh complain renevue dorang jatuh disebabkan persaingan barangan palsu di market.

Revenue jatuh, collection for GST pun decrease ma.

So to increase the GST punya collection, kita kena up syarikat punya revenue. 

Maka sebab itulah serbuan demi serbuan dibuat.

Adakah itu yang dimaksudkan bahawa serbuan neh berkait rapat dengan GST?

Itu belum masuk lagi kalau TPPA dilaksanakan.
Aku ingat orang miskin akan dinasihatkan pergi mati beramai2.
Itupun silap2 batu nesan pun ada jenama ori.
Mampuih la kita. KERAIH.

Dulu dianjurkan oleh pemimpin juga. Hidup sebagaimana yang kita mampu. Jangan la hidup sebagaimana yang Rosmah mampu (mahu). Beli la barangan yang kita mampu. Berdasarkan kewangan kita. Gaji kita. Tapi sekarang nak beli barangan kat pasar malam pun depa p hambat peniaga suruh jual barangan ori. Kalau nak jual barangan ori, modal dah berapa? Untung lagi nak kira macam mana? Ini serupa suruh peniaga kecil pergi mati. Dan pengguna. Mampu ke nak beli barangan ori kalau gaji setakat 3000 ke bawah? Mak bapak takyah tanggung? Anak bini cari makan sendiri? Takyah peduli tentang rumah sewa atau ansurans kereta ke macam mana? Hidup neh jangan pentingkan peniaga besar dan kaya sahaja. Bagi la peluang kat peniaga2 kecil untuk hidup bersama. Dari korang amek pisau p tikam peniaga2 kecil kan bagus kalau KPDNKK cari satu jalan untuk memastikan kau dan aku dapat hidup bahagia bersama2 di dalam satu bumi yang Allah ciptakan ini. Susah sangat ke kita nak hidup aman bersama2 tanpa melakukan sebarang penindasan dan diskriminasi terhadap orang2 miskin? Lue fikirlah ek KPDNKK. Dan satu lagi, cuba check spender staff2 lue sebelum p serbu peniaga kecil. Depa pakai versi ori ka atau versi pasar malam?

KAH KAH KAH

2 comments:

  1. KAH KAH KAH...

    MODUS OPERANDI dia korang macam ni:

    DOSA buat manyak-manyak...tinggi-tinggi...
    sebelum rayakan Hari Raya, cepat pegi masjid,
    tipu PAHALA manyak-manyak, kelentong pun tap pa,
    asalkan dapat PAHALA...

    asalkah MOOLAH manyak-manyak ($$$)
    rezeki berlimpah, macam BANJIR!
    Bawah tangan pun takpa...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.