`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 27, 2015

Khairy, Justo dan Pampasan Berjuta Ringgit

A Kadir Jasin

SAYA sokong pandangan Ketua Pemuda Umno (PKU) Khairy Jamaluddin (KJ) agar kita menjadikan penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo (XAJ), di Thailand sebagai satu lagi kaedah mencari kebenaran mengenai 1Malaysia Development Behad (1MDB).

KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, penangkapan XAJ, boleh membantu memperbetulkan rekod mengenai dakwaan terhadap 1MDB. (Baca di sini).

PSI adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.

Jho Low Hidup Mewah di Luar Negara

Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU bahawa maklumat yang dibocorkan oleh XAJ itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).

KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit itu untuk memeras ugut majikannya.

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RMRM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati  “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.

Buat Salah Dapat Pampasan?

Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi XAJ yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan  RM15.51 juta.

Justo (duduk) dalam tahanan Polis Thai
Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” dibagi pampasan lumayan.

Melainkan XAJ ni sangat pandai bila dia buat kontrak perjawatan dengan PSI dia letakkan syarat dibayar pampasan kalau dia disuruh berhenti.

[Khabarnya eksekutif kanan 1MDB dan anak-anak syarikatnya pun ada buat perjanjian seumpama itu yang menjanjikan mereka bonus dan pampasan lain. Tak tahulah kalau gaji RM2 juta setahun kecil, tapi itulah khabarnya gaji sesetengah eksekutif kumpulan 1MDB.]

Atau si XAJ ini dia dibayar RM15.51 juta supaya “tutup mulut”.

Kalau dia bukan penipu dan pemeras ugut kelas dunia dan dia tidak mahu meringkuk dalam penjara, dia tentu akan beritahu polis Thai dan mahkamah Thai (sekiranya didakwa) “kisah sebenar”.

Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report (SR) mendebarkan jantung pihak-pihak yang berkaitan dengan 1MDB.

Kepada yang kurang maklum, SR adalah antara laman web peniup wisel (whistleblower) terunggul mengenai 1MDB. Ia sudah pun menulis surat kepada Kementerian Luar Switzerland mengenai pembabitan XAJ kerana beliau adalah warganegara Switzerland.

Jadi negara kita semakin hari semakian “terkenal” seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan, yang terbaru, mengenai Majlis AMANAH Rakyat (Mara) kerana disyaki "merasuah" dalam urusan jual beli harta di Australia.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.