`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 13, 2015

Kaum Cina Tak Undi PAS Lagi, PAS Bakal "Hanyut" Pada PRU Akan Datang...


Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

"Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.


"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

"Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut.

ULASAN GB

Demikianlah kisahnya. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

PAS yang dulunya parti kampungan, dangkat martabatnya ke persada politik negara dengan kewujudan para profesyenal yang berjaya bukan saja merubah persepsi bukan Islam terhadap PAS, malah terhadap Islam sendiri.

Tegasnya, PAS membina asas kekuatan baharu dengan cara meruntuhkan prejudis serta tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Juga golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberi kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon PAS.

Bagi menjayakan pelebaran dan pengukuhan tapak sokongan baharu, PAS melalui satu anjakan besar di segi mesej politiknya.

Kehadiran golongan profesyenal seperti Mat Sabu, Dr.Dzulkefly, Dr.Mujahid, Mohd Hatta, Hanipa Maidin, Mohd Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Suhaizan Kayat, Mahfuz Omar, Asmuni Awi, Husam Musa, Haji dan Kamaruddin Jaafar di peringkat pusat dan Adly Zahari, Dr. Rani Osman, Tengku Puji, Hj Aminulhoda Hassan dan ramai lagi di peringkat negeri telah berjaya menambat hati bukan-Islam untuk menyokong PAS dan golongan "ulama" begitu cemburu sehingga bermacam fitnah dan cacian dilemparkan terhadap mereka kononnya mereka kumpulan liberal, pro-DAP, Jebon, Anwarinas dan sebagainya... tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan mereka.

Kini masyarakat bukan Islam telah bersuara. Malah NGO dalam PAS sendiri iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS terkejut dengan sikap ulama yang buruk pekerti dan perangainya "menghalalkan" cacian dan makianyang menyebabkan ketuanya mengkritik secara terbuka sikap dan perangai ulama dalam PAS di dalam muktamar baru-baru ini.

Bukan saja bukan Islam, malah dari kalangan ahli PAS yang beragama Islam sekalipun, kini telah ada yang meletak jawatan dan keluar PAS. Ada yang merobohkan markas dan membakar bendera {AS seperti yang berlaku di Teluk Bachok. Satu fenomena yang tidak berlaku selepas muktamar tetapi berlaku di muktamar kali ini.

Quo vadis PAS?

PAS akan menjadi parti kampungan semula. PAS bakal kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan DUN di dalam pilihanraya akan datang.



TINGGAL KENANGAN, MENJADI SEJARAH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.