`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 6, 2015

Jawapannya Hanya Satu - NAJIB PENAKUT!!



shahbudindotcom


Apa pun alasan yang mahu digunakan mengenai pembatalan program Nothing2Hide di PWTC pagi tadi, jawapan yang paling tepat ialah Najib sah seorang yang penakut.

Kiranya beliau seorang yang berani dan berdarah Bugis asli, jawapannya juga cuma satu - hadir di forum tersebut sebagaimana yang sudah dipersetujuinya sebelum ini. Beliau seharusnya mencontohi sikap dan keberanian Tun Mahathir Mohamad yang sedia hadir walaupun hanya dijemput melalui saluran media sosial saja.

Tetapi yang jelasnya beliau bukan saja tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad, bahkan juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.

Jika beliau seorang yang benar-benar berani dan bersedia hadir di forum tersebut, tentu saja faktor keselamatan bukan perkara sukar bagi pihak polis menanganinya. Bukankah pasukan polis kita antara yang terbaik di dunia?

Pihak polis sebenarnya cukup kekuatan untuk mengawal keadaan di sebuah program yang sekadar berskala sederhana seperti itu. Apalah sangat susahnya untuk mengawal kehadiran yang hanya kehadirannya tidak sampai 5000 saja.

Dengan ini gegak gempitanya bahawa beliau seorang keturunan Bugis dan darah yang mengalir dalam tubuhnya bukan sebarangan darah, sebaliknya adalah darah pahlawan, terpadam dengan sendirinya bermula padi Jumaat yang mulia tadi.

Alasan keselamatan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang membatalkan program itu tidak boleh diterima oleh sesiapa pun yang waras akal fikirannya. 

Ini kerana forum itu adalah sesama UMNO iaitu Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri manakala Tun Mahathir adalah mantan kedua-dua jawatan tersebut.  Tun Mahathir hadir hanya untuk bertanya soalan manakala Najib pula memberikan jawapan. Mereka bukan datang untuk bertumbuk atau berkelahi. 

Mereka yang hadir pula bukanlah juga untuk bergaduh atau bergasak atau ada membawa sebarang senjata, parang, kayu atau sebagainya, sebahagiannya untuk bertanya soalan manakala ramai yang lain adakah semata-mata untuk mendengar jawapan. Jadi, di mana soal keselamatan begitu membimbangkan?

Lagi pula tempat berlangsungnya program itu ialah PWTC, sebuah bangunan milik UMNO di mana Perhimpunan UMNO diadakan setiap tahun dengan jumlah kehadiran yang jauh lebih besar lagi. 

Mustahil pihak polis tidak mampu mengawal keselamatannya? Di bangunan itu sudah tercatat sejarah berlaku beberapa pertandingan sengit perebutan jawatan dalam UMNO sebelum ini tetapi tidak pernah pun berlaku perkara-perkara yang di luar kemampuan pihak polis mengawalnya.

Apakah dengan kehadiran antara 2000 hingga 3000 hadirin saja, maka polis sudah tidak mampu mengawalnya?

Faktor keselamatan mungkin boleh diterima jika peserta forum Nothing2Hide itu melibatkan antara kaum atau agama yang tentu saja para pesertanya lebih mudah tercuit perasaan dan memungkinkan berlakunya ketegangan.

Semua yang hadir sebenarnya datang dengan lapang dada dan fikiran yang terbuka. Lagi pula, penganjur sendiri  iaitu Sukaguam yang memaklumkan dalam sidang akhbarnya beberapa hari lalu mengenai kesediaan mereka mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir di program itu.

Dalam penilaian umum, pembatalan yang dilakukan oleh polis melalui arahan Twitter Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan air muka Najib itu. Ia mungkin dilakukan atas idea penasihat Najib atau boleh jadi juga ianya adalah kehendak Perdana Menteri sendiri bagi mengelakkannya daripada bertembung dengan Tun Mahathir.

Sebagai Perdana Menteri, jika beliau sedia hadir, di mana-mana dan dengan kehadiran berapa ramai sekali pun, pihak polis tentu saja sentiasa siap siaga memastikan keselamatannya.

Sementara sudah beberapa kali berbangga dengan darah Bugisnya sebelum ini, tetapi dengan ketidakberanian hadir di forum ini, bahkan mungkin sudah menggigil dan tidak tidur nyenyak sejak semalam lagi, Najib wajib memeriksa darah keturunannya selepas ini.

Beliau harus memastikan apakah darah Bugisnya masih asli, sudah tercemar atau sudah bertukar menjadi darah keturunan lain. Kalau masih berdarah Bugis, kenapa tidak seberani seperti Bugis-Bugis yang lain? 

Barangkali ramai orang Bugis, terutama yang tinggal di Tawau di mana Najib berkunjung ke sana tidak lama dulu turut hairan dengan sikap penakut yang ditunjukkan Najib ini.

Atau mungkin juga Najib satu-satunya Bugis yang penakut yang pernah lahir ke dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.