`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 25, 2015

Isu Seluar Pendek : Pengarah Hospital Mohon Maaf


KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang pelawat hospital diminta memakai tuala mandi kerana memakai seluar pendek, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim memohon maaf di atas insiden itu.

Melalui kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Hospital Sungai Buloh (HSB), Dr Khalid memohon maaf kepada Nisha di atas tindakan beberapa pengawal keselamatan yang terlibat.


"Kami dengan ikhlasnya meminta maaf di atas apa yang berlaku pada gadis muda itu. Kami akan siasat perkara ini," katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Dr Khalid menegaskan tiada keperluan untuk pengawal yang terlibat berbuat demikian kerana pihak pengurusan tidak pernah mengarahkan tindakan seperti itu dikenakan kepada pelawat.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya.


Terdahulu, gadis yang menggunakan nama Nisha Daddygal memuat naik beberapa gambarnya yang dirinya diarahkan memakai tuala mandi yang dipinjam dari pesakit, kerana dia memakai seluar pendek. 

Kes-kes seperti ini tidak perlu diperbesarkan lagi. Lebih memalukan apabila pihak hospital pula terpaksa membuat permohonan maaf terhadap mereka yang melanggar etika pakaian pelawat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.