`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 3, 2015

INI APA KES ... PEGAWAI KANAN SPRM BARU BERUMUR 35 TAHUN KECURIAN BEBERAPA UTAS JAM TANGAN MEWAH BERNILAI RM273,000?????



Suatu laporan polis yang kini tersebar ligat dimedia sosial yang dikutip dari suatu akuan dilaman sosial Facebook Kami Anti Rasuah mengenai suatu laporan polis dibuat oleh seorang Penolong Pengarah Kanan 1 SPRM yang baru berusia 35 tahun 6 bulan mendapti rumahnya di Condominium & Golf Resort Pesiaran Puteri Batu 9 Cheras telah dimasuki pencuri 

Selain 2 bentuk cincin berlian yang tidak dinyatakan harganya, 3 pasang subang berlian dan duit dari tabung anak-anaknya kena curi di rakamkan juga 5 utas jam tangan mewah dengan pelbagai jenama yang kesemuanya bernilai RM273,000 turut dicuri. 

Apakah yang dihebahkan ini benar???? .. Mohon pihak yang terlibat memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran kerana dari komen-komen yang diluahkan jelas terbit rasa curiga dan sangsi kalngan rakyat betapa seorang pegawai kerajaan terutamanya pegawai SPRM mampu memiliki sebegitu banyak jam tangan berjenama mewah selain beberapa bentuk cincin dan subang belian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.