`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 16, 2015

Harapan rakyat hancur, kad prabayar tetap dikenakan GST



KUALA LUMPUR 16 JUN: Harapan rakyat supaya tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 % ke atas perkhidmatan kad prabayar top up hancur berkecai apabila kerajaan mengumumkan cukai tersebut tetap diteruskan. Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menyoal Menteri Komunikasi dan Multimedia – kenapa GST 6% tidak diserap syarikat Telco seperti kerajaan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) 6% dahulu. 

Katanya, sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berjanji GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1 April. 

Namun dalam ucapan penggulungan, Menteri berkata beliau tiada kuasa untuk membolehkan syarikat Telco menyerap GST 6% dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up. “Jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat Telco. 

“Ini satu pusingan U (u-turn) yang amat besar,” kata Sim pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tambah Pengarah Strategi KEADILAN itu, Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar seperti Seksyan 199 Akta Muktimedia dan Komunikasi 1998, tetapi enggan berbuat demikian. “Keputusan kerajaan sekaligus akan meningkatkan keuntungan syarikat Telco setinggi RM850 juta. “Saya juga ingin melahirkan kekecewaan kerana menteri lebih memihak kepada syarikat-syarikat Telco daripada membela rakyat,” kata Sim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.