`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 20, 2015

FGV menyusuli 1MDB- bahagian 1

Image result for FGVImage result for 1mdb

Najib dan geng2 nya adalah kumpulan yang segera menjelma sebagai pembawa malapetaka dan bencana ekonomi yang paling dasyat kepada rakyat Malaysia. 1MDB adalah rencana beberapa oang mencuri duit rakyat. JHo Low tidak akan dapat buat apa yang dia lakukan tanpa bantuan Najib Tun Razak.

Perbuatan mencuri itu tidak terbatal dengan pembetulan yang dilakukan kemudian nya. Dan pembetulan iti dilakukan dengan rompakan bersiri keatas dana GLC2- tabung haji, epf, kwap dan bank2 milik kerajaan.

Walau berbuih mana pun Najib dan kerajaan mempertahankan dan menjustifikasi pembohongan mereka, rakyat sudah pun menghukum- apa yang dilakukan Najib ialah pembohongan belaka. Najib sudah sampai ketahap paling bawah dimana setiap kali dia keluarkan kenyataan, orang akan kata sudahlah- penipu.

Mereka yang percaya cakapan Najib ialah pasukan PR nya dan gerombolan yang dibayar oleh Najib.

Rakyat kena sedar bahawa kerajaan BN berada dalam fasa rompak sebelum terlambat. Jadi sebelum kerajaan bertukar tangan, rompak sampai bersih dan selagi boleh.

Tidak ada kuasa yang boleh sekat mereka yang berkuasa dari merompak dan melanun. Najib yang lemah dan dirinya sendiri kelam kabut dengan isiu 1MDB dan cubaan2 gali lubang tutup lubang mendedahkan Malaysia kepada bencana dan malapetaka ekonomi yang dasyat.

Keadaan buruk sudah sampai pada tahap, hendak  report SPRM pun tak berguna. Kalau kita merani-kulupkan diri kita dengan membuat lapuran polis, kita pun jadi pandir macam pak rani yang bercermin mata hitam dan berberet merah dan beruniform general tentera Najib.

Kita hendak suruh SPRM SIASAT Isa Samad dan FGV pun tidak berguna. Badan tersebut ada taring dengan orang kecil sahaja tapi tidak ada  kuasa untuk prosecute bila tiba kes besar yang libatkan kroni dan kepentingan kerajaan Najib. Saya sebut kerajaan Najib sebab penglibatan Najib mesti ada, sama ada secara lansung atau tidak lansung.

Saya akan tetap sebut bahawa Najib adalah PM kita yang paling teruk. Form ada, substance tidak ada. Rupa elok, isi teruk. Dia hanya tin kosong yang jerit sana sini mengenai slogan dan bayar duit sana sini sebagai jalan menyelesaikan masaalah.

Negara berkecamuk dengan isiu 1MDB, pembelian IPP oleh TNB, pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji, kita ada pula FGV yang membeli kepentingan dalam ladang sawit dan gula sahabat Najib pada harga yang gila. Dua kali ganda dari harga yang patut.

Kita sudah jemu dengan istilah willing buyer and willing seller- kalau kedua nya berpakat untuk gasak duit rakyat, adalah istilah willing buyer and seller itu menyelamatkan keadaan? Mari kita lihat.

Bagimana saham Eagle High dinilaikan pada harga premum iaitu 72% lebih dari harga terakhir ia diperdagangkan? Dan bagaimana Felda menerima penilaian ini? Apa yang dilakukan oleh Eagle high yang boleh menjustifikasikan premium 72% itu?

Cerita mengenai orang2 Peter Sondakh melayani pembuat keputusan adalah legendary. Mereka akan dijemput dengan private jet atau helicopter dan diterbangkan ke hotel 5 bintang. Kemudian segala idaman yang terfikir dan tidak pernah terfikir akan disempurnakan. Kemudian baru buat keputusan.

Maka adakah layanan istimewa ini yang menyebabkan Felda akan membayar US$17,535 se-hektar untuk asset ladang Eagle High? Ini jauh lebih dari range harga untuk ladang2 di Indonesia yang biasa nya berada dalam lingkungan US$8,000 and US$13,000 se-hektar. Ertinya, Felda Isa Samad membayar lebih pada kadar USD 4000-9000 se hektar.

Bayangkan jika ada komsiyen yang dibayar.

FGV beli asset ladang Felda 360,000 hektar , yakni ladang dari FElda  pada harga yang cukup lumayan. Jadi mengapa bila tba ladang Sondakh, harga dan terma yang serupa tidak boleh di perolehi?

Kenapa tidak boleh pajak 99 tahun seperti FGV pajak tanah Felda Plantations? Kita mesti ingat FGV hanya bayar kepada Felda RM698.24 se hektar atau RM248.5juta setahun dan suatu peratusan dari operating profit bisnes perladangan FGV.

Felda yang melalui usunaga seperti ini sepatutya jadi bijak. Tapi nampak nya lebih jadi bodoh dengan Isa Samad mengemudi FGV.

Urusniaga dengan Rajawali ini akan dibiayai oleh pinjaman dan resev tunai Felda. Berapa banyak resev yang akan digunakan? Resev tunai sekarang sekitar RM2.87 billion. Bayangkan jika Felda menggunakan RM2 billion, ia hanya ada RM870 juta untuk mengurus rancangan felda. Felda dan fgv tidak  ada duit untuk menjaga kebajikan peneroka.

Tapi sebaliknya, Rajawali Group milik Peter Sondakh mendapat deal yang sangat baik. Walaupun membeli pada harga yang mahal, dan memiliki 37% kepentingan dalam syarikat tersebut, Felda tidak ada saham menguasai. Kumpulan Rajawali dengan kepentingan 31.6% dalam syarikat, akan terus mengurus syarikat tersebut. Jadi beli apa pada harga RM1 billion lebih ini? FGV menjadi syarikat pelaburan?

Seperti urusniaga ala Tabung Haji dan TRX, syarikat Sondakh akan diberi bayaran deposit sebanyak US$174juta atau sekitar 23% dari harga belian tanpa Felda melakukan due diligence keatas assets Rajawali Group atau mendapatkan kebenaran dari pihak2 berkuasa kedua negara.

Apa jadi jika assets yang digembar gemburkan itu jadi macam assets petrosaudi dalam kes 1MDB? Telaga minyak tidak ada, kepentingan keatas syarikat carigali tidak ada? Yang ada hanya omongan kosong tapi duit sudah dihantar.

Saya berharap, felda tidak hantar ke akaun individu seperti yang dilakukan oleh 1MDB kepada Good Star Limited.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.